Anjur Pesta Aloha, pengusaha resort Pulau Lang Tengah disiasat

Oleh – Syeikh Baran


Anjur Pesta Aloha, pengusaha resort Pulau Lang Tengah disiasat
Tangkap layar video Pesta Aloha yang dianjurkan di sebuah resort di Pulau Lang Tengah, Setiu dekat Terengganu pada kelmarin.

Pengurusan sebuah resort terkenal akan dipanggil kerajaan negeri Terengganu untuk memberi penjelasan berhubung penganjuran Pesta Aloha di Pulau Lang Tengah, Setiu pada kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya penganjuran parti pantai terbabit didapati benar-benar telah melanggar menyalahi Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Terengganu 2020.



“Kita mahu mendengar keterangan pengusaha resort persendirian itu terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan susulan.

“Sekiranya terdapat elemen kesalahan sama ada garis panduan hiburan dan kebudayaan serta kelulusan permit, kita akan bertindak,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas penularan penganjuran Pesta Aloha di sebuah resort terkenal di Pulau Lang Tengah pada kelmarin yang kini tular di media sosial.

Pesta pantai itu mendapat kecaman netizen berikutan dakwaan kebanyakan pesertanya yang dikatakan dalam kalangan bukan Islam memakai pakaian mencolok mata.



Razali berkata, siasatan berhubung penganjuran Pesta Aloha terbabit akan turut melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai bukti kesalahan penganjuran parti di Pulau Lang Tengah terbabit.

“Jika ada bukti kesalahan atau orang Islam turut terlibat menyertai parti (Aloha) itu, salurkan segera kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button