Siang pakai uniform, malam ghairah layan lelaki

Oleh – Syeikh Baran


Siang pakai uniform, malam ghairah layan lelaki
Sebahagian wanita warga asing yang ditahan JIM Pulau Pinang di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, awal pagi tadi.

15 wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini, awal pagi tadi.

Kesemua wanita warga Indonesia, Vietnam dan Thailand berusia itu ditahan dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Izham Idris bermula pukul 11.15 malam semalam.



Semasa serbuan, kesemua wanita yang bekerja sebagai tukang cuci, pembantu restoran dan pekerja spa itu dilihat berpakaian seksi dan ghairah melayan lelaki yang juga pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

Hakikatnya, kesemua tangkapan itu pada sebelah siangnya masing-masing dikatakan mengenakan uniform atau pakaian seragam kerja.

Ada dalam kalangan mereka juga dikatakan memasuki ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan dan pekerja sementara.

Pengarah JIM Negeri, Nur Zulfa Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita warga asing terbabit berusia antara 25 hingga 30 tahun didapati telah melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963.



“Antaranya menyalahgunakan pas lawatan, tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa di negara ini,” katanya semua tangkapan dibawa ke Depot Tahanan Juru untuk siasatan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button