7 pelajar sekolah dicekup paksa rakan sertai kongsi gelap

Oleh – Syeikh Baran


7 pelajar sekolah dicekup paksa rakan sertai kongsi gelap
Antara kecederaan yang dialami mangsa setelah dipukul kerana enggan menyertai kumpulan haram.

Polis menangkap tujuh pelajar sekolah berusia 16 hingga 18 tahun di Sungai Long, Kajang selepas disyaki memukul dan memaksa pelajar lain menyertai kumpulan kongsi gelap.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian itu.



“Dalam kejadian pertama, mangsa berusia 13 tahun mendakwa ditahan sekumpulan lelaki yang juga pelajar sekolah sama.

“Mangsa berselisih faham dengan suspek mengenai seorang lagi rakan lain. Suspek tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa lalu memukul remaja itu dengan menggunakan batang besi.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki” katanya.

Sementara itu, kejadian kedua melibatkan pelajar berusia 14 tahun yang didatangi sekumpulan pelajar yang mengajaknya untuk menyertai Geng 24 ketika sedang makan.



“Mangsa telah menolak ajakan itu, namun dia dipukul tiga lelaki dengan menggunakan kerusi plastik. Suspek kemudian segera melarikan diri,” katanya.

Menurut Mohd Zaid, dalam kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan tangan. Kedua-dua kes itu itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button