Johor terima RM272.6 juta pembiayaan usahawan – Kuskop

Johor terima RM272.6 juta pembiayaan usahawan – Kuskop

Johor terima RM272.6 juta pembiayaan usahawan - Kuskop
EWON (tengah) menyampaikan replika cek pembiayaan kepada usahawan di Showcase SDSI wilayah selatan. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Sebanyak RM272.6 juta pembiayaan disalurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) kepada 13,091 usahawan Johor bermula Januari dan Mei tahun ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu membabitkan RM81.5 juta kepada 10,762 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan RM41.8 juta kepada 2,083 usahawan TEKUN Nasional.

Katanya, pembiayaan juga diberikan Bank Rakyat kepada 297 usahawan berjumlah RM57.3 juta.



“Selain itu, SME Bank juga meluluskan pembiayaan berjumlah RM91.4 juta kepada 37 usahawan dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dengan pembiayaan francais kepada dua syarikat berjumlah RM660,000.

“Pada tahun lalu, Kuskop menerusi agensi juga menyalurkan pembiayaan kepada usahawan dan koperasi berjumlah RM771.4 juta di Johor dan RM165.8 juta di Melaka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil



“Hari ini, sebanyak RM25.7 juta bantuan cek pembiayaan diberikan kepada 389 usahawan yang layak ,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Selatan dan Festival Keusahawanan Maju Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.

Menurut Ewon, Showcase SDSI wilayah Selatan yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat lalu mencatat jualan tunai RM1.13 juta, melepasi sasaran awal RM1 juta.

Katanya, selain itu, ia berjaya mencatatkan potensi pembiayaan RM23.9 juta dan potensi padanan perniagaan RM17 juta.



“Sejumlah RM9.221 juta potensi jualan padaniaga turut dicatatkan dalam showcase wilayah selatan,” katanya.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button