Angkat kelestarian hartanah

Angkat kelestarian hartanah

Angkat kelestarian hartanah
Ketua Kelestarian Kumpulan LBS (tengah), Shany Lim mewakili Hock San, menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah dan Kepimpinan Lestari Dunia.

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) telah dianugerahkan “Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah Kepimpinan Lestari Dunia 2024”.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San telah menerima anugerah berprestij ini daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa Tan Sri Lim di dalam mengangkat konsep kelestarian di sektor hartanah.

LBS dalam kenyataan berkata, di bawah kepimpinan beliau yang penuh wawasan, LBS telah mencapai kemajuan yang ketara terhadap konsep kelestarian.



“Pada tahun 2016, Kumpulan telah menubuhkan Pasukan Kerja Kelestarian, menandakan permulaan pengstrukturan terhadap konsep kelestarian.

“Pada tahun 2021 pula, LBS telah menerbitkan Laporan Kelestarian yang pertama dan membentuk Lembaga Jawatankuasa Kelestarian yang disertai oleh pasukan Kelestarian Kumpulan yang berdedikasi.

“Inisiatif-inisiatif ini menekankan komitmen Kumpulan untuk mengintegrasikan kelestarian ke dalam operasi syarikat dan tadbir urusnya,” katanya.

Menurut LBS, pada tahun 2022, LBS telah diiktiraf dengan indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM, F4FBMS) dan telah menerima penarafan tiga bintang, yang menunjukkan komitmen dan pematuhan syarikat terhadap piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang tinggi.

Katanya, berdasarkan momentum ini pada tahun 2023, LBS turut membangunkan pelan Pelepasan Karbon Sifar Bersih yang komprehensif menjelang tahun 2050, menetapkan strategi dan sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang yang jelas.

“Dedikasi untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan amalan kelestarian ini terus diperakui apabila LBS menerima “The Most Improved Performance Award” di “The Edge Malaysia ESG Awards 2023″,” katanya.



Menerusi usaha perintisnya pada tahun 2024, LBS Bina telah memperkenalkan mekanisme Harga Karbon Dalaman di peringkat Kumpulan dan menerbitkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta.

“Langkah ini mencerminkan komitmen LBS terhadap kewangan lestari dan meletakkan syarikat sebagai peneraju dalam mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam sektor hartanah.

“Pada tahun 2023, LBS telah mencapai kemajuan ekonomi, alam sekitar dan tadbir urus.

“Dari segi ekonomi, syarikat telah melancarkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta, yang menerima Penilaian Impak Bon ‘Emas’ oleh MARC dan penarafan kredit AA-IS.



“LBS juga merupakan pemaju hartanah pertama di Malaysia yang menerbitkan Sukuk Wakalah SRI Sosial ASEAN yang bernilai RM200 juta,” katanya.

Menurut LBS, dari segi alam sekitar, LBS telah memasang panel solar di projek-projek hartanah utama Kumpulan, termasuk bumbung Ibu Pejabat LBS, galeri jualan di KITA @ Cybersouth, dan kilang konkrit pratuang IBS MGB, menunjukkan komitmen ketara terhadap tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan jejak karbonnya.

Angkat kelestarian hartanah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button