PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 

Keluarga bekas ADUN Mahkota, Allahyarhamah Sharifah Azizah tidak mahu nama keluarga mereka dikaitkan dengan kempen pilihan raya DUN Mahkota.

Ianya dinyatakan oleh anak sulong Allahyarhamah, Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar di dalam akaun Facebook beliau.



Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar menegaskan, perkara tersebut tiada dalam pengetahuannya dan keluarga.

“Bila ni?”

“Saya sebagai anak sulung Dato Sharifah Azizah Syed Zain tak tahu pun.”

“Saya mohon jasa baik tidak gunakan simpati arwah mak saya sebagai bahan kempen.”



“Kami tetap bersama Barisan Nasional.”

“Dan kami sekeluarga menghormati pimpinan YAB MB Johor.”

“Saya akan meneruskan perjuangan Ummie bersama UMNO dan Barisan Nasional.”

“Sedih lah mcm ni.”



“Tolong la jaga sensitiviti kami sekeluarga,” jelas beliau dengan nada kesal.

Kenyataan beliau itu adalah sebagai respon dari kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota Perikatan Nasional, Annuar Musa.

Menurut Annuar Musa, kononnya satu majlis tahlil akan diadakan pada 24 September ini dan ianya mendapat kerjasama dari keluarga Allahyarhamah.

Sepatutnya sebagai ahli politik veteran, Annuar Musa mesti menghormati sensitiviti keluarga Allahyarhamah.



Adalah sesuatu yang sangat tidak wajar dan di luar batasan perikemanusiaan apabila Annuar Musa mengambil kesempatan dari kesedihan orang lain.

Atau adakah Annuar Musa mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara?

Sekiranya ikhlas mahu mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarhamah, sepatutnya Annuar Musa maklumkan kepada keluarga Allahyarhamah.

Bukan dengan sesuka hati menjual nama keluarga Allahyarhamah kerana mahu mendapatkan undi untuk pilihan raya kecil Mahkota.



Setakat ini belum ada sebarang maklumbalas atau teguran dilakukan oleh kepimpinan PAS atas sikap biadab tersebut.

Sangat jelas kepada kita semua, Perikatan Nasional, terutamanya PAS akan menunggang apa sahaja asalkan keuntungan politik diperolehi.

 

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button