Kenali Wags tumpuan City-Arsenal

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal
SARA isteri kepada pemain tengah Man City Ilkay Gundogan

London: Perlawanan terbesar membabitkan pertemuan dua gergasi Liga Perdana, Manchester City menentang Arsenal bukan hanya menarik perhatian peminat bola sepak dunia malah pasangan barisan pemain turut menjadi perhatian.

Manchester City akan menentang Arsenal di Stadium Etihad pada aksi ‘Super Sunday’ dalam pertembungan yang pasti menarik.

Juara bertahan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mempertahankan gelaran mereka, memenangi empat perlawanan pertama.



Sementara, Gunners juga tidak kurang hebatnya, menang di Aston Villa dan Tottenham dalam bulan pertama musim ini.

Pastinya perlawanan itu akan turut disaksikan oleh pasangan pemain. Dari seorang model Sepanyol yang menakjubkan hingga seorang penyanyi di The Voice, mari kita untuk mengenali mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi



 

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal
INES berkahwin dengan Bernardo Silva

Ines Tomaz

Ines muncul di padang di Etihad untuk meraikan kejayaan pasangannya Bernardo Silva, serta menyertai Wags yang lain pada majlis makan malam eksklusif.

Mereka bertemu pada tahun 2020, apabila diperkenalkan oleh rakan di Portugal dan bertunang hanya dua tahun kemudian.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2023 di hadapan rakan sepasukan termasuk Ruben Dias dan Kyle Walker.



Pada tahun yang sama, mereka menyambut kelahiran anak pertama mereka bersama.

Ines adalah seorang model agensi Portugis, NXT Management.

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal
ISTERI kepada Sterling, Paige Milian

Paige Milian

Paige adalah pasangan kepada Raheem sejak dia bersama QPR ketika mereka masih remaja.

Dia pernah bekerja di JD Sports, di mana dia menarik perhatian pemain sayap Chelsea itu.



Sejak itu, Paige menjadi seorang pempengaruh dan menguruskan beberapa hartanah.

Mereka mempunyai dua orang anak bersama, sementara Raheem juga mempunyai seorang anak perempuan dari hubungan sebelum ini.

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal
JACK Grealish dan Sasha Atwood antara pasangan popular di EPL

Sasha Attwood

Sasha semakin dikenali apabila pasangannya, Jack Grealish, menandatangani kontrak dengan Manchester City dengan harga £100 juta.

Dia adalah seorang model dan pempengaruh yang membintangi iklan besar untuk jenama seperti Boohoo dan Pretty Little Thing.



Sasha menandatangani kontrak dengan Elite Model Management dan telah membina pengikut yang besar di media sosial.

Dengan 305,000 pengikut di Instagram, dia menjadi pilihan barangan berjenama.

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal
HARDING pernah muncul dalam siaran The Vioce kini berpasangan dengan Jorginho

Catherine Harding

Berambut coklat, Catherine, adalah salah satu bintang dalam siri dokumentari Married to the Game di Amazon Prime.

Wanita berasal dari Ireland ini, berkahwin dengan Jorginho, mempunyai pengalaman sebagai pelakon TV realiti.



Antara wags yang dikenali ramai, dia bertanding pernah dalam The Voice dan menerima bimbingan daripada Ollie Murs.

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal
ISABEL Haugseng Johansen pasangan kepada Haaland juga seorang pemain bola sepak.

Isabel Haugseng Johansen

Haaland menyembunyikan hubungannya dengan Isabel sehingga sekitar tahun 2022, apabila mereka dilihat bersama di West End, London.

Wanita cantik berambut coklat itu juga seorang pemain bola sepak, yang pernah bermain untuk Byrne di Norway, di mana dia bertemu dengan Haaland.

Pasangan itu dibesarkan bersama di akademi kelab dan dipercayai mula bersama semasa Haaland berada di Dortmund.

Baru-baru ini, mereka menikmati percutian romantis musim panas di pulau Capri.

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal
SOPHIA menjadi kawan kepada Helene Spilling pasangan kepada Martin Odegaard.

Sophia Havertz

Kecantikan wanita Jerman, Sophia yang berpasangan Kai Havertz dari Arsenal menang tidak dapat dinafikan.

Mereka mula berpasangan dan jatuh cinta ketika masih remaja.

Dia mendaftar di Instagram pada akhir 2020 dan kini mempunyai lebih dari 390,000 pengikut.

Dalam tahun lalu, dia menjadi rapat dengan pasangan Martin Odegaard, Helene Spilling.

Malangnya Odegaard yang tidak dapat bermain kerana kecederaan, mereka tidak akan menonton perlawanan penting itu bersama.

Harding juga pernah menjalin hubungan dengan Jude Law dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ada bersama bintang Hollywood.

 

Kenali Wags tumpuan City-Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button