Kerajaan Sudah Perlu Fikirkan Bagaimana Kehidupan Rakyat Pasca COVID-19: Khaled

KUALA LUMPUR, 7 April – Kerajaan sudah perlu memikirkan bagaimana kehidupan rakyat patut diurus dan diatur supaya sama-sama kerajaan dan rakyat memastikan wabak COVID-19 dapat disekat dan di atasi.

Demikian tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berikutan perkembangan COVID-19 yang menunjukkan kesan makin memberangsangkan.

“Kita tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, yang dijangka 14 April ini. Itu pun jika tidak disambung.



“Walau apapun, kerajaan sudah perlu memikirkan bagaimana kehidupan rakyat patut diurus dan diatur supaya sama-sama kerajaan dan rakyat memastikan wabak ini dapat disekat dan di atasi.

“Sudah tentu sebaik pasca Covid19, kehidupan akan berbeza dan kita semua perlu bersedia. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memastikan kerajaan boleh berfungsi dan rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya lagi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Dilaporkan, fasa pertama PKP bermula 18 Mac hingga 31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April ini.

Kes COVID-19 pertama dalam negara dikesan pada 25 Januari lalu membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.



Pada 31 Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut sebagai darurat kesihatan dunia. – UMNO Online

https://umno-online.my/2020/04/07/kerajaan-sudah-perlu-fikirkan-bagaimana-kehidupan-rakyat-pasca-covid-19-khaled/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button