Jerman berpesta gol 5-2 tewaskan Itali

Berlin: Jerman meraih kemenangan terbesar mengatasi juara Eropah, Itali apabila Timo Werner menjaringkan dua gol untuk membolehkan mereka melakar kemenangan 5-2 dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi tadi.

Keputusan di Moenchengladbach menyamai kemenangan Jerman 5-3 ke atas Azzurri di Stadium Olimpik Berlin pada 1939.

Kapten Jerman, Manuel Neuer berkata keputusan itu adalah ‘satu pencapaian penting’ untuk tuan rumah

“Anda boleh memberi tahun hari ini bahawa kami mahu mendominasi,” katanya.

Gol awal Joshua Kimmich dan penalti dari Ilkay Gundogan di Borussia Park meletakkan Jerman 2-0 sebelum mereka terus mengganas pada separuh masa kedua.

Thomas Mueller menjaringkan gol ke-44 untuk Jerman pada penampilan antarabangsa yang ke-44 sebelum Werner menjaringkan dua gol berturut-turut.

Gol saguhati Itali hadir pada lewat permainan menerusi penyerang berusia 18 tahun, Wilfried Gnonto dan Alessandro Bastoni.

“Kami bermain bola sepak yang sangat bagus dan berhak menang,” kata Gundogan.

“Jika kami bermain seperti yang kami lakukan hari ini, banyak pasukan akan berdepan kesukaran menentang kami.”

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker