JPA sedang pinda pekeliling berkaitan beri, terima ‘hadiah’

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini dalam rangka meminda Pekeliling Perkhidmatan berkaitan garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata melalui pindaan itu, pihaknya melakukan semakan semula terhadap definisi pekeliling membabitkan jumlah dan nilai penerimaan hadiah.

Pindaan itu juga akan memperkukuhkan mekanisme pemantauan atau penerimaan hadiah oleh penjawat awam.



“Draf sudah dihantar dan kita sedang menunggu Jabatan Peguam Negara luluskan. Usaha itu sentiasa dilaksanakan, justeru masyarakat juga harus beri komitmen dan tanggungjawab bersama memerangi rasuah,” katanya pada sesi khas bersama media, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Zainal Azman Abu Seman.

Pada November tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata ketiadaan integriti apabila mempunyai kuasa dan peluang antara punca penjawat awam terbabit rasuah.

Azam dilaporkan berkata, secara umumnya penjawat awam adalah kumpulan yang paling ramai ditangkap kerana rasuah manakala hampir separuh daripada tangkapan keseluruhan SPRM setiap tahun membabitkan penjawat awam.



Dalam perkembangan lain, Mohd Shafiq berkata, kerjasama awam-swasta akan diteruskan di peringkat lain Kerajaan.

Ia berikutan keberkesanan kerjasama awam-swasta ketika negara berdepan dengan gelombang jangkitan COVID-19 sebelum ini, yang menyaksikan penyumbeluaran perkhidmatan kesihatan kepada pihak swasta.

“Ini akan diteruskan kerana keberkesanan pengoptimuman sumber lebih baik dan cepat. Saya nasihatkan agensi dan kementerian untuk melihat apa tugasan dan fungsi yang boleh dilaksanakan penyumberluaran,” katanya.

Turut perlu dilihat, katanya, adalah peningkatan dalam kecekapan pengeluaran (economy of scale) serta pulangan pelaburan (ROI) apabila melaksanakan sebarang program.



Melalui kerjasama awam-swasta itu, Kerajaan akan mampu memberi tumpuan perkhidmatan kepada bidang dan sektor yang tidak mahu diceburi pihak swasta.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap penjawat awam yang masih enggan mendapatkan pelalian COVID-19 tanpa alasan munasabah, Mohd Shafiq berkata, ketika ini seramai 585 bakal berdepan tindakan.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading