Rakyat Malaysia insan yang hebat: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri memulakan perutusan khas dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang digelarnya insan hebat kerana menyumbang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua rakyat Malaysia adalah manusia hebat daripada petugas barisan hadapan sehingga penghantar makanan yang mengambil risiko dan terus berkhidmat dengan cekal.

“Anda adalah manusia yang hebat, doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap kali melangkah masuk ke wad.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada doktor dan jururawat di hospital swasta ketika hospital kerajaan sibuk merawat pesakit COVID-19, mereka menerima pesakit lain untuk dirawat.



“Begitu juga anggota polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya, berpanas, berhujan tetapi terus menjalankan tugas, syabas saya ucapkan,” katanya pada perutusan khas COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut memuji pekerja penghantar makanan yang disifatkan melaksanakan pekerjaan cukup mulia dan turut menasihati mereka supaya menjaga keselamatan masing-masing.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker