COVID-19 DAN PKP DIHADAPI PENEROKA FELDA, PENGARAH BESAR FELDA JADI ‘BUNIAN MASUK GUA’?

Kemana Hilangnya Pengarah Besar Felda Ketika Peneroka Perlukan?

Pengarah Besar Felda

 

Seluruh negara sedang berhadapan ancaman Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 dan berlanjutan hingga 28 April 2020 termasuk seluruh rancangan Felda keseluruhannya. Malah sebuah Felda di Jengka Maran diarahkan untuk melaksanakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) berikutan ada yang positif Covid-19.



Sekali pandang sudah pasti Peneroka Felda seperti tidak terkesan dengan wabak tersebut tetapi sebaliknya yang berlaku. Mereka tidak boleh sesukahati ke ladang bagi meraih hasil dan impaknya hasil pendapatan menurun. Mujur Perdana Menteri ada mengumumkan Bantuan Prihatin Negara melibatkan semua rakyat termasuk peneroka Felda. 

Malangnya bagi Peneroka Felda kebajikan mereka seperti tidak dipedulikan langsung oleh Pengarah Besar Felda. Sejak bermula PKP, difahamkan pihak Felda langsung tidak membantu peneroka Felda termasuk generasi baru felda. Menyaksikan tiada sebarang tindakan daripada Pengarah Besar Felda, Atas inisiatif bersama Ketua Peneroka Felda Malaysia mewakili Peneroka Felda telah membuat satu program – Pusat Mengumpul Keperluan Rancangan – dengan tujuan membantu peneroka Felda yang memerlukan bantuan. Program PMKR tersebut dibuat setelah persetujuan bersama diambil bersama JKPP, Majlis Belia Felda (MBFM), KAF, GPW, Masjid selaku penyelaras program PMKR. Difahamkan hampir 90% Felda telah membuat program tersebut dan bergerak di seluruh tanah rancangan Felda. Bayangkan tanpa sebarang sokongan daripada Pengarah Besar Felda, peneroka sendiri berjaya melaksanakan program atas kesedaran mereka tidak semua peneroka bernasib baik dalam rancangan Felda. 

Difahamkan juga satu tabung telah diwujudkan dengan kerjasama pihak Felda United FC, JKPP, KAF, MBFM Kesatuan Pekerja Felda Malaysia, Persatuan Kakitangan Kanan Felda dan Puspanita telah berjaya mengutip hampir RM120,000.00 bagi membantu peneroka Felda yang terjejas akibat PKP. Tanpa mengharapkan bantuan daripada Felda mereka berjaya melakukan sesuatu untuk kebajikan peneroka Felda sendiri.



Persoalannya dimanakah Pengarah Besar Felda yang dilantik bersama beberapa individu sebagai Pengarah dalam Jabatan tertentu di Felda? Jika dilihat dari imbuhan bulanan sudah pasti lumayan tetapi idea untuk membantu peneroka Felda sendiri tiada. Mengapa? Jawapannya mereka yang dilantik tidak punyai ‘Jiwa Felda’ dan tidak menghayati kesukaran peneroka Felda melainkan hanya berada dalam suasana hawa dingin tanpa mengetahui jerit perih peneroka membanting tulang bagi mengeluarkan hasil ladang sebagai komoditi utama negara yang akhirnya menjadi imbuhan buat mereka yang berjawatan tinggi. Sebaiknya mereka yang dilantik oleh Azmin Ali semasa era Pakatan Harapan berasa malu kerana GAGAL membantu Golongan Peneroka Felda dan seharusnya mereka meletakkan jawatan pada kadar segera.

Bukankah molek jika peneroka diberikan inisiatif berupa baucer bernilai RM50 untuk ditebus di Kedai D’Mart Felda dimana keuntungan jualan akan disalurkan ke KPF yang merupakan milik KPF Trading, sebuah anak syarikat KPF. Ini sekaligus boleh mengelak ketirisan urusan jual beli dan Pengarah Besar Felda boleh menjimatkan kos tanpa melantik mana mana konsultan luar untuk menyediakan bekalan bagi dihantar ke kawasan Felda.

Sudahlah desas desus menyatakan Pengerusi Felda Tan Sri Bakke Salleh berdepan karenah yang sama dihadapi Pengerusi Felda sebelum ini hingga dikatakan akan melepaskan jawatannya sebelum cukup tempoh yang diberikan iaitu pada Jun 2021. Peneroka Felda pula ditimpa nasib kurang baik apabila mendapat seorang Pengarah Besar yang LANGSUNG TIADA JIWA FELDA.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button