COVID19 – ANAK MUDA TERKESAN ARAHAN PKP TIDAK DILUPAKAN

Ramai Anak Muda Terkesan Arahan PKP, Bantuan Disalurkan Bagi Membantu

[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/04/VID-20200420-WA0040.mp4[/KGVID]

Hari ini kami sampaikan bantuan kepada anak-anak muda yang terkesan ekoran pandemik COVID -19.



Alhamdulillah, seramai 250 orang anak muda di 40 kampung di Raub menerima bantuan ini. Kami menjelajah dari kampung ke kampung bagi mengagihkan bantuan ini, demi memastikan mereka terus kekal berada di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan sekarang.

Bantuan yang berupa barang makanan asas ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas pendapatan susulan PKP. Kebanyakan mereka berkerja sendiri dan berpendapatan harian. Malah ramai juga yang tidak mempunyai pendapatan tetap.



Proses pengagihan bantuan diuruskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dengan kelulusan permit terlebih dahulu diperoleh daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Raub. Manakala pengagihan bantuan pula diawasi dua orang pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi memastikan pematuhan syarat penjarakan sosial dan perlindungan diri.

“Ramai orang kampung yang berada dalam keadaan kesusahan ketika ini. Eloklah kita membantu mereka di saat sukar ini. Saya seru agar lebih ramai lagi pihak tampil hulurkan sumbangan” – Fadzli Kamal

Dalam pada itu kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang kerana cukup prihatin menyelami keluhan dan kesusahan rakyat, sekali gus menyalurkan peruntukan yang besar bagi membantu mereka yang terkesan di seluruh negeri Pahang.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker