NIMP 2030 dilancarkan akhir Ogos

NIMP 2030 dilancarkan akhir Ogos

NIMP 2030 dilancarkan akhir Ogos
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. FOTO BERNAMA

Tasek Gelugor: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam persiapan akhir dan dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir Ogos ini, kata menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata NIMP 2030 adalah satu kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasi sektor perkilangan Malaysia.

“Apa yang boleh saya kongsikan, perbincangan yang berlangsung setakat ini adalah paling komprehensif yang pernah kita lakukan kerana membabitkan industri baharu dan kementerian lain.



“Seperti yang Perdana Menteri maklumkan (pada majlis peluncuran) Ekonomi MADANI baru-baru ini, beliau memberi gambaran bahawa wadah itu tidak hanya tertumpu kepada sektor asas semata-mata, tetapi turut memainkan peranan sebagai sebahagian daripada transformasi industri yang diharap membantu mengembangkan ekonomi, selaras penanda aras yang ditetapkan,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Hari MITI 2023 di sini hari ini, beliau berkata, bagi melengkapkan pelan berkenaan, perbincangan dua hala yang diadakan turut membabitkan penggiat industri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya



Mengulas program Hari MITI 2023 bertemakan Perkasa Industri, Maju Ekonomi, Tengku Zafrul berkata program itu menawarkan hampir 2,500 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja daripada 16 syarikat asing dan tempatan daripada pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan antaranya kenderaan elektrik, elektrikal dan elektronik, automotif, makanan dan minuman serta peralatan perubatan.

“Sebanyak 30 syarikat asing dan tempatan menyertai Hari MITI. Kami turut menyasarkan kehadiran kira-kira 7,000 pengunjung dari sekitar Tasek Gelugor,” katanya.

NIMP 2030 dilancarkan akhir Ogos


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button