Polis terima 20 laporan titah Sultan Perak diubah suai

Polis terima 20 laporan titah Sultan Perak diubah suai

Polis terima 20 laporan titah Sultan Perak diubah suai
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. Gambar fail NSTP

IPOH: Polis Perak mengesahkan menerima 20 laporan berhubung video yang ditularkan mengenai sebahagian kecil titah diraja oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang disunting hingga dilihat mengaitkan dan mengheret kedudukan baginda bagi tujuan politik kepartian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata laporan diterima sejak semalam, iaitu selepas laporan pertama mengenainya dibuat di Balai Polis Travers, Brickfields, Kuala Lumpur.

Katanya, susulan laporan pertama yang dibuat di Brickfields, siasatan mengenainya diserahkan kepada pihak Bukit Aman.



“Setakat tengah hari ini, Polis Perak menerima sebanyak 20 laporan berkaitan video berkenaan sejak semalam.

“Siasatan mengenainya kita serah berdasarkan laporan pertama yang dibuat di Balai Polis di Brickfields, dan sudah diambil (siasatan) oleh pihak Bukit Aman,” katanya pada sidang media kejayaan rampasan lebih RM2.5 juta syabu di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Menerusi video itu, seseorang dipercayai wanita yang juga pemimpin Muslimat PAS Melaka cuba mengetengahkan pandangan Sultan Nazrin terhadap PAS dalam klip video itu.

Hari ini, Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Perak turut membuat laporan polis berhubung video yang ditularkan itu.



Dewan Negara Perak menerusi kenyataan ditandatangani Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, berkata pihaknya percaya pihak yang memetik dan menularkan semula titah Sultan Nazrin pada tahun 2013 berkenaan adalah dengan tujuan mahu mempengaruhi pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Video berkenaan memuat naik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin yang dizahirkan pada 19 Februari 2013 ketika baginda memangku sebagai Raja Perak bertitah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertemakan ‘Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti dan Cabaran’.

Polis terima 20 laporan titah Sultan Perak diubah suai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading