Pena PUMAS, E-Majalah Terbitan Baharu Penerangan UMNO Malaysia

PENERANGAN UMNO Malaysia terus mengorak langkah dalam menyebarluaskan maklumat-maklumat selain hal ehwal berkaitan parti kepada rakyat, turut menyajikan info-info berkaitan kerajaan dan isu-isu semasa dengan menubuhkan e-majalah yang pertama.

Dikenali sebagai Pena PUMAS, e-majalah hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan merupakan adunan berita, peristiwa, analisis, pandangan dan sejarah digarap dalam satu wadah untuk bacaan umum.

“Insya-Allah akan diusahakan sebagai produk berkala, dengan penambaikan melalui pengalaman dan maklum balas,” ujar Shahril dalam satu hantaran di platform media sosialnya mempromosikan e-majalah tersebut.

Edisi pertama Pena PUMAS ‘Memerangi COVID-19 Musuh No.1 Dunia & Dunia’ telah mendapatkan satu temubual istimewa di dalam segmen Eksklusif bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Antara yang disentuh Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu adalah mengenai penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Muafakat Nasional (MN), hal ehwal parti seperti pelantikan Shahril sebagai Ketua Penerangan yang baharu dan perjalanan mesyuarat cawangan serta usaha kerajaan menangani wabak COVID-19.

Pena PUMAS dibahagikan beberapa segmen seperti Utama, Eksklusif, Minda PUMAS, Bual Bicara, Perspektif, Metropolitan dan Sana Sini.

Contohnya, Utama memaparkan isu-isu semasa, temubual bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membicarakan mengenai COVID-19.

Manakala segmen Perspektif, bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, membicarakan mengenai ekonomi negara kini yang sedang dan bakal dihadapi oleh bukan sahaja rakyat dan kerajaan malah pelbagai sektor bagi mendepani krisis pandemik COVID-19.



Begitu juga segmen Kolumnis mengikut Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur dan Zon Selatan, sudut temubual bersama pemimpin-pemimpin jemputan serta Analisis dan Pandangan dan sejarah perjuangan UMNO.

Selain Shahril sebagai penasihat dan Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan, Jefrizal Mohd Jaafar dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarang serta dibantu pasukan sidang redaksinya.

“Seperti mana Presiden kerap berkata, politik adalah dinamik dan bukan statik. Maka, UMNO perlu anjal – terikat hanya kepada maqasid perjuangan tanpa terlalu egois dalam pendekatan.

“Saya yakin UMNO dipenuhi kepimpinan di setiap peringkat yang jauh lebih bijaksana dalam mengurus landskap ini. Dengan Izin Allah, kejayaan menanti,” Shahril, Minda PUMAS.



Semua pelayar maya dialu-alukan untuk memuat turun secara percuma salinan Pena PUMAS di laman web UMNO Online.

Sebelum ini, selain Facebook Live yang memaparkan diskusi bersama pemimpin, Penerangan UMNO Malaysia turut memaparkan video-video pendek seperti PUMAS 200 dan Malaysia Seminggu. – UMNO ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button