Kenyataan Media Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa Dr. Tee Ching Seng
Tiga belas rakyat yang terkandas di Bolivia selama lima hari dan 4 malam telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi semalam.
Hari ini, saya telah dimaklumkan oleh wakil kumpulan tersebut bahawa mereka telah selamat sampai di Malaysia dan kini menjalani proses kuarantin di dalam pusat yang ditetapkan selama 14 hari.
Mereka juga meluahkan rasa bersyukur kepada kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Peru kerana menyelaraskan usaha untuk membantu mereka pulang, dan juga menghargai sokongan yang diberikan oleh MCA sepanjang masa mereka terkandas di La Paz.
Wakil kumpulan tersebut juga telah menghantar mesej ini kepada saya sebaik sahaja sampai di KLIA:
“Hi Dr Tee. Yes, we just got back to KL close to midnight and now quarantine in XXX. All is good now after flying for 4 days! Thx for all your support while we were in La Paz!”
(Hi Dr Tee. Ya, kita sudah sampai di KL pada tengah malam dan kini dikuarantin di XXX. Semua di sini baik selepas terbang selama 4 hari! Terima kasih atas sokongan anda sepanjang masa kami berada di La Paz!”)
Kumpulan tersebut telah melancong di Peru, Brazil dan Bolivia sebagai sebahagian satu rombongan. Mereka telah berlepas dari Malaysia pada 3 Mac dan sepatutnya pulang pada 26 Mac 2020. Namun, disebabkan pandemik Covid-19, penerbangan mereka dibatalkan apabila kerajaan Bolivia menutup sempadannya dari 21 Mac hingga 31 Mac 2020, kemudian melanjutkannya kepada 15 April 2020, menyebabkan rombongan tersebut terkandas di sana.
Kesemua 13 rakyat yang dibawa pulang berada dalam keadaan sihat, tetapi akan tetap menjalankan kuarantin selama 14 hari sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
-TAMAT-