COVID-19: Pengesanan kontak rapat secara aktif di Kota Samarahan , Sarawak mulai esok

KUCHING, 26 April  — Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan  melaksanakan pengesanan kes secara aktif bagi mencari kontak rapat COVID-19 di  Kota Samarahan mulai esok hingga 30 April.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, aktiviti pengesanan secara aktif itu akan diljalankan di Taman Desa Ilmu dan Taman Uni Garden.

“Melalui kaedah ini, ia dipanggil kaedah MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) bersasar,  kita sasar kepada kes-kes yang telah pun dikesan sebagai kontak oleh kes-kes positif sebelum ini.

Kes-kes yang kita akan dapati itu, kalau mereka mempunyai gejala kita akan terus asingkan  mereka dan kepada mereka yang tidak bergejala, kita akan mengambil sampel,” katanya pada sidang media selepas menghadiri satu taklimat di Pusat Jantung di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri negeri Dr Sim Hui Kian.

Dr Adham berkata  50 pasukan yang terdiri daripada 100 anggota petugas akan mengendalikan proses saringan serta mengenal pasti kontak aktif COVID-19 di dua kawasan perumahan terlibat.

“Kita akan pergi rumah ke rumah, kita dapat maklum kawasan yang terlibat melibatkan hampir 3,000 kes (3,000 sampel akan diambil) atau 3,000 individu yang cuba kita kesan. Kita sasar kepada yang mempunyai sejarah kontak rapat dan ia disasarkan di kawasan yang dikenal pasti  sebagai zon merah,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker