Neelofa kongsi doa harian dalam Telegram

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Sempena Ramadan, pengacara dan pelakon popular, Neelofa mewujudkan saluran Telegram untuk berkongsi doa harian, tip fahami erti bacaan dalam solat dan pelbagai perkara lain.

Dilancarkan minggu lalu, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, saluran yang dikendalikannya sendiri itu menjadi platform berkongsi perkara berkaitan solat, agama dan motivasi.

ADVERTISING

“Saluran Telegram ini diwujudkan kerana sambutan Ramadan kali ini sangat istimewa berbanding sebelumnya.

“Kali ini, kita menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan keluar daripada kediaman. Justeru, kita manfaatkan masa yang ada dengan perkara berfaedah.

“Jika dahulu kita tidak sempat, sekarang, Alhamdulillah… Ini antara keindahan Ramadan kali ini,” katanya kepada BH Online.

Antara perkongsian saluran Telegram ini termasuk cara memahami dan mengingati bacaan dalam solat, doa harian, ayat suci al-Quran dan video ceramah agama.

Sudah diikuti lebih 71,000 individu, saluran berkenaan dianggap ruang baginya berkongsi ilmu.

“Selama ini ramai yang bertanya kepada saya, apakah doa yang diamalkan setiap hari dan surah yang menjadi kegemaran.

“Saya cuba berkongsi di Instagram (IG) Story tetapi disebabkan durasi terhad, entri menjadi terbatas. Kalau terlalu banyak yang dikongsi, takut orang jemu dan tidak baca pula.

“Jadi, dengan saluran Telegram, saya lebih bebas berkongsi perkara bermanfaat, asalkan tidak menyimpang.

“Saya harap, perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam keadaan sukar seperti sekarang,” katanya.

Saluran Telegram itu boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci Neelofa.

Leave a Reply

%d bloggers like this: