ZAHID HAMIDI TAMPIL JELASKAN ISU ROHINGYA

 

Zahid Hamidi Tampil Jelaskan Isu Rohingya

 

1. Saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu pelarian Rohingya yang kononnya membuat pelbagai tuntutan, termasuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia.

2. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, kerajaan pimpinan Barisan Nasional mengambil pendirian bahawa segala bantuan dan sokongan yang disalurkan kepada Rohingya adalah di atas sifat perikemanusiaan. Seperti banyak negara lain serta PBB, pelarian Rohingya mesti dibela daripada pemusnahan etnik oleh rejim Myanmar.

3. Saya sendiri pernah meninjau keadaan ratusan ribu pelarian di Cox Bazaar, Bangladesh dengan mengarahkan pembinaan sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta dibina di kem pelarian Kutupalong bagi memberi rawatan kesihatan kepada pelarian Rohingya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/338065/rm35-juta-bina-hospital-di-kutupalong

4. Bekalan makanan dan peralatan bernilai RM4 juta juga telah disalurkan kerajaan Malaysia ketika itu kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh. Misi bantuan tersebut adalah hasil sumbangan kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat penerbangan yang membantu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/261640/bantuan-makanan-peralatan-rm4-juta

5. Mereka benar-benar perlukan pembelaan dan ia tidak bermakna Kerajaan Malaysia ketika itu mahu mencampuri hal-ehwal dalam negeri Myanmar. Malah, Datuk Sri Najib Tun Razak menegaskan Perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya yang diadakan di Stadium Mini Titiwangsa bukanlah untuk menganggu hal-ehwal Myanmar.

https://m.malaysiakini.com/news/365120

6. Kerajaan juga berpendirian bahawa mereka dibenarkan bekerja di beberapa industri terpilih sebagai persediaan ditempatkan di negara-negara ketiga. Oleh kerana pelarian UNHCR tidak ada hak terhadap pelajaran, pekerjaan dan perniagaan, kerajaan ketika itu mengambil pendekatan yang terkehadapan bagi membolehkan pelarian ini menyara keluarga sendiri dan bagi mengelakkan krisis ke atas rakyat Malaysia di mana mereka ditempatkan. Inisiatif membenarkan etnik Rohingya bekerja, secara tidak langsung dapat menangani isu-isu pemerdagangan orang, dengan lebih berkesan.

https://m.malaysiakini.com/news/371197

7. Pada 2017 Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Qatar melalui Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) bersetuju memberi penajaan Dana terhadap tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.

8. Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik. QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya.



http://www.astroawani.com/berita-dunia/qatar-beri-dana-khas-bantu-pelarian-rohingya-di-malaysia-131526


9. Pendekatan ini disambut baik bukan sahaja oleh mereka tetapi di kalangan negara-negara yang terkesan dengan kebanjiran mereka.

10. Bagaimanapun, seperti mana dasar terhadap orang asing yang mencari kerja di Malaysia, sama ada yang bekerja secara sah atau sebaliknya, mereka tidak boleh memohon kerakyatan. Bermakna, mereka mesti pulang ke negara asal apabila tempoh kerja mereka tamat.

11. Malahan perjalanan sekolah anak Rohingya hendaklah mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama apabila pulang ke sana.

12. Begitu juga dengan status pelarian Rohingya dan ‘orang hanyut’ lain. Mereka akan berada di sini bagi tempoh tertentu dan diberikan pelbagai bantuan kemanusiaan, sebelum dihantar ke negara ketiga atau kembali ke negara asal. Saya percaya dasar ini masih kekal.

13. Laporan yang viral mengenai Rohingya membuat pelbagai tuntutan kepada kerajaan, menarik banyak perhatian. Tentunya kita telah dan akan membantu mereka di atas dasar kemanusiaan. Itu sahaja. Mereka harus menghormati undang-undang dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kerajaan mesti bertegas dalam hal ini serta selesaikannya secara baik dan berdiplomatik.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker