KERAJAAN PERLU SERIUS TANGANI ISU MYKAD DAN WARGANEGARA PALSU

Isu MyKad Dan Warganegara Palsu Perlu Tindakan Tegas Dari Kerajaan

 

Isu pelarian Rohingya secara tidak langsung menyentuh kes penjualan MyKad palsu dan taraf kewarganegaraan palsu yang pernah heboh pada satu ketika. Lebih memeranjatkan ada kes tangkapan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan menimbulkan persoalan unik. 3 orang lelaki berumur antara 15 ke 19 tahun yang ditahan di Jalan Air Kuning Taiping tidak tahu berbahasa Melayu dan pertuduhan telah dibacakan dalam bahasa Mandarin di sebuah Mahkamah Taiping. Bagaimanapun mereka memiliki MyKad sahih namun apa yang mengejutkan lagi ada yang memiliki lesen memandu sedangkan mereka di bawah umur.



Kisah 3 individu engkar PKP ini amat menarik untuk diperhatikan. Bagaimana mereka tidak tahu berbahasa Melayu sedangkan dalam peperiksaan tertinggi Sekolah Menengah, Bahasa Melayu merupakan antara subjek ‘Wajib Lulus’ walau mereka bersekolah di SJK(C) sekalipun. Turut menimbulkan kemusykilan bagaimana ada antara mereka sudah ada lesen memandu sedangkan masih di bawah umur? Persoalan ini menjurus kepada satu kes tangkapan seorang individu yang mempunyai MyKad, lesen memandu serta passport palsu di Pulau Pinang. Menurut laporan, individu berkenaan mengakui beliau membayar sehingga RM600,000 bagi mendapatkan semua itu dan membolehkannya bergerak bebas dalam Malaysia dan luar negara. Perkara ini terbongkar apabila tangkapan seorang pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah di Pulau Pinang yang menjadi dalang sindiket menjual MyKad kepada warga China.

SINDIKET JUAL MYKAD DAN PASSPORT PALSU MALAYSIA

Menggemparkan sebanyak seribu MyKad telah dijual kepada warga asing bagi membolehkan warga asing memiliki MyKad yang sah. Bagaimanapun warga asing yang telah membeli MyKad tersebut gagal mendapatkan passport Malaysia untuk mereka kembali ke negara asal. Menurut sumber penjualan tersebut direkodkan dalam tempoh Januari hingga Mei 2019. Menurut laporan lagi warga China gagal mendapatkan passport Malaysia kerana GAGAL bertutur dan memahami Bahasa Melayu.



Isu warga asing yang memiliki MyKad palsu bukanlah isu ringan kerana membabitkan kedaulatan negara. Bayangkan berapa ramai warga asing yang boleh menjadi rakyat Malaysia secara ‘Sah’ hanya dengan membeli MyKad palsu yang dijual sindiket terbabit. Laporan Ketua Audit Negara pada akhir 2019 juga mengejutkan apabila mendedahkan hampir 90% warga China yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong tidak direkodkan keluar dari Malaysia.

Jika dilihat semula kes 3 orang yang ditahan engkar arahan PKP, pasti akan meninggalkan seribu satu persoalan. Adakah mereka merupakan antara warga asing yang berjaya memiliki MyKad ‘Sah’ atau mereka benar-benar Anak Malaysia? Pihak berkuasa boleh memeriksa rekod persekolahan dan rekod JPN sebagai rujukan pengesahan identiti sebenar mereka.

NICOLE BERSUARA ISU MYKAD DAN WARGANEGARA PALSU



Kehangatan isu ini mengingatkan kisah Pas Sementara Sabah (PSS) yang membuka ruang kepada pelarian Filipina mendapatkan perlindungan di Malaysia. Kenyataan seorang bekas timbalan menteri yang mencadangkan pemegang PSS diberikan kebenaran untuk ‘melancong’ ke Semenanjung Malaysia begitu mengejutkan namun akhirnya Kerajaan Sabah akur untuk tidak meneruskan PSS apabila menerima tentangan dari rakyat Sabah sendiri.

SINDIKET JUAL I-KAD DAN KAD UNHCR PALSU

Kerajaan perlu bertegas bagi membersihkan negara dari sebarang sindiket membabitkan MyKad, passport Malaysia kali ini. Tidak lupa sindiket pemalsuan kad pelarian UNHCR untuk warga Rohingya juga perlu tindakan yang lebih tegas. Tangkap sesiapa sahaja yang berurusan dengan sindiket terutama mereka yang melindungi sindiket terbabit. Jangan hanya ‘Ikan Bilis’ sahaja disauk malah ‘Jerung’ juga perlu ditangkap bagi menjamin kedaulatan negara.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button