AKHIRNYA PENEROKA FELDA AKAN TERIMA BANTUAN SEWAJARNYA, MENTERI LEBIH TERBUKA TERIMA CADANGAN DAN PANDANGAN DEMI KEBAIKAN WARGA FELDA.

Desakan Dan Tekanan Akhirnya Nasib Peneroka Felda Terbela

 

Kontroversi melibatkan kebajikan 112,638 warga peneroka Felda akhirnya akan berakhir tidak lama lagi. Selepas mengharungi lebih 40 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pelbagai kisah mewarnai dilemma peneroka, sepucuk surat menjawap seribu satu persoalan mengenai bantuan sewajarnya buat warga felda yang memerlukan.

Pendedahan kontroversi bantuan yang didedahkan juga membuka mata Menteri JPM (Ekonomi) mengenai masalah yang berlaku dalam pengurusan tertinggi Felda dan bagaimana suara NGO yang mewakili Felda hanya mampu ‘bersuara dalam tekak’ sebelum ini. Bagaimanapun pendedahan yang dibuat dalam ARTIKEL my-tv.online       telah menerima kecaman dari NGO tertentu dalam felda yang mencari kredit untuk menonjolkan diri.

Imbas kembali segala yang berkaitan dengan desakan terhadap pengurusan tertinggi Felda, sudah pasti Menteri JPM nampak siapa yang sebenarnya bermasalah dalam hal membabitkan kebajikan peneroka Felda dan hanya berpaksikan keuntungan semata.



Antata artikel berkaitan –

https://www.my-tv.online/2020/04/09/perbalahan-dalaman-punca-penyaluran-bantuan-fgv-kepada-peneroka-felda-tidak-capai-sasaran/

https://www.my-tv.online/2020/04/11/covid-19-dan-pkp-dihadapi-peneroka-felda-pengarah-besar-felda-jadi-bunian-masuk-gua/

https://www.my-tv.online/2020/04/15/hari-hari-terakhir-pengarah-besar-felda-santuni-peneroka-sebelum-melepaskan-jawatan/



https://www.my-tv.online/2020/04/16/menteri-ekonomi-jemput-jkpp-dan-ngo-berbincang-kebajikan-kepentingan-peneroka-felda/

https://www.my-tv.online/2020/04/18/pengarah-besar-felda-gagal-penuhi-janji-ketua-peneroka-jadi-mangsa-lepas-kemarahan/

https://www.my-tv.online/2020/04/20/bagai-dicucuk-hidung-pengarah-besar-felda-dan-fgv-akur-arahan-individu-tertentu-untuk-salur-bantuan-covid19-kepada-peneroka/

https://www.my-tv.online/2020/04/29/112-368-warga-peneroka-felda-sudah-terima-bantuan-dijanjikan-pengarah-besar-felda/

Apa yang boleh disimpulkan, kebajikan peneroka Felda akhirnya mendapat perhatian kerana mereka juga antara yang terjejas pendapatan apabila PKP dilaksanakan. Saranan JawatanKuasa Perunding Peneroka (JKPP) berkaitan pemudahcara pemberian bantuan melalui baucer D’Mart menerima perhatian selepas program PMKR dengan kerjasama MBFM, GPW, KAF dan beberapa pihak lain membuka mata Pengarah Besar yang hanya sedar akan kebajikan peneroka selepas PKP memasuki fasa ke-3.

Mungkin sudah sampai masanya perubahan dilakukan dan penstrukturan semula dalam Felda perlu rombakan bagi membolehkan FELDA kembali ke landasan yang betul.

Kini peneroka hanya menanti pelaksanaan seperti diarahkan dan jangan pula nanti arahan tersebut hanya GAH dalam surat dan pelaksanaan umpama ‘Melepas Batuk Di Tangga’.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker