KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 2 MEI 2020 – PERJANJIAN BERKAITAN PROJEK RTS DILANJUT SEHINGGA 31 JULAI 2020

Hebahkan !!!

Banyak sektor ekonomi dan sosial terjejas berikutan krisis pandemik COVID-19, sama ada di Malaysia mahu pun negara-negara jiran, termasuk Singapura.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan di Malaysia dan Langkah Pemutus Litar di Singapura, maka perbincangan dua hala mengenai Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura turut terkesan.

Saya telah membincangkan status perjanjian dua hala ini secara terperinci dan berterusan dengan rakan sejawatan saya dari Singapura, Yang Berhormat Khaw Boon Wan. Kami telah mencapai kesepakatan bersama untuk melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian dua hala projek RTS ini sehingga 31 Julai 2020 iaitu tiga bulan selepas tarikh yang sepatutnya dimuktamadkan sebelum ini, 30 April 2020.

Kedua-dua negara Malaysia dan Singapura yakin bahawa perbincangan yang mungkin akan dilakukan secara televideo sekiranya perlu, dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan akan datang sehingga projek RTS ini dapat diteruskan.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
2 MEI 2020

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

———-

PRESS STATEMENT
MINISTER OF TRANSPORT
2 MAY 2020

RTS LINK BILATERAL AGREEMENT DEADLINE EXTENDED TO 31 JULY 2020

Many economic and social sectors have been adversely affected during the Covid-19 pandemic crisis, both in Malaysia and in her neighbours, including Singapore.

Given the current Movement Control Order in Malaysia and Singapore’s Circuit Breaker, bilateral discussions on the Johor Bahru–Singapore Rapid Transit System Link project have likewise been impacted.

I had discussed the status of the bilateral agreement closely and constantly with my counterpart Honourable Minister Khaw Boon Wan. We have come to a mutual agreement to extend the bilateral discussions by three months to 31 July 2020, after the previous 30 April deadline.

Both Governments are confident that the discussions, to be conducted via videoconference if necessary, can be concluded within the next three months so that the RTS Link project can be resumed.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
MINISTER OF TRANSPORT
2 MAY 2020

Leave a Reply

%d bloggers like this: