ADUN PKR DEDAH PENIAGA WARGA ASING ‘KEBAL’ UNDANG-UNDANG, MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK BERANI AMBIL TINDAKAN?

Kerajaan PKR Selangor Tidak Berani Bertindak Terhadap Warga Asing Yang Selamba Buka Perniagaan

 

Adun PKR menaikmuat satu video menunjukkan sebuah kedai yang beliau dakwa diuruskan warga asing meneruskan perniagaan tanpa sebarang tindakan.



[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/05/VID-20200501-WA0134.mp4[/KGVID]

“Pengarah Penguatkuasa cakap dengan saya semua kedai warga asing kena tutup!! Ini apa?” – Adun PKR.

Mengapa kerajaan Selangor dan Penguatkuasa Tempatan tidak bertindak? Adakah ada persefahaman antara PBT tempat tersebut dengan peniaga warga asing seperti dalam video berdurasi 1minit 4 saat yang dinaikmuat Adun berkenaan? Adakah Menteri Besar ada memberi arahan spesifik kepada PBT Selangor untuk tidak bertindak kepada peniaga warga asing dikala isu pendatang asing dan pelarian hangat diperkatakan rakyat?

Memahami Selangor dikuasai Pakatan Harapan, mungkin ada peraturan tertentu digunakan oleh PBT Selangor bagi menangani isu berkaitan. Dalam suasana negara masih lagi bergelut dengan Covid19, sepatutnya PBT di Selangor lebih peka memandangkan ada daerah tertentu dalam negeri itu berada dalam zon merah.

Masalah kebanjiran peniaga warga asing di Selangor merupakan antara masalah yang agak rumit diselesaikan oleh PKR sejak memerintah negeri tersebut dan bertukar kepimpinan 3 orang Menteri Besar. Apatah lagi kini kerajaan negeri tidak sehaluan dengan kerajaan pusat selepas Mac 2020 apabila Pakatan Harapan tumbang. Apa pula tindakan Menteri Besar Selangor selepas pendedahan oleh Adun PKR ini sendiri?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button