Siapa ‘bayar’ Syed Imran untuk sokong PN?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Siapa 'bayar' Syed Imran untuk sokong PN?
Syed Muhammad Imran

Kecoh dalam media maya apabila seorang individu bernama Syed Muhammad Imran mengakui sebagai ‘Ketua’ kumpulan penyokong Najib Razak akan mengundi PN (Perikatan Nasional) pada PRN kali ini.

Siapa sebenarnya Syed Imran ini? Adakah beliau di’bayar’ pihak tertentu untuk mempengaruhi penyokong Bossku dalam PRN kali ini?



Lokman Adam mendedahkan siapa sebenarnya Syed Imran menerusi TikTok beliau. Malah, ramai kalangan penyokong ‘Bossku’ terkejut dengan kenyataan Syed Imran yang secara jelas membuat ugutan untuk mengundi PN.

Siapa 'bayar' Syed Imran untuk sokong PN?

SYED IMARAN HANYA MUNCUL UNTUK ‘PUNCH CARD’?

Benar, Syed Imran seringkali dilihat tampil di Mahkamah setiap kali perbicaraan melibatkan Dato Sri Najib. Tetapi ada kalangan penyokong tegar ‘Bossku’ mendedahkan, Syed Imran hanya hadir untuk ‘punch card’ dan berswafoto bagi meyakinkan pihak lain beliau adalah penyokong Najib.

Persoalannya, apabila beliau membuat seruan dan menyatakan seramai 300,000 penyokong Najib Razak akan mengundi PN, dari mana beliau mendapat data serta komitmen penyokong Najib?



Adakah beliau sebenarnya ejen Perikatan Nasional yang memang di’ternak’ sebagai penyokong Najib tetapi dalam masa sama menjalankan agenda pihak lain dan cuba mempengaruhi penyokong setia Najib?

Semua pihak tahu, tidak ada kenyataan rasmi yang mewakili Najib kecuali hanya dari ahli keluarga terdekat sahaja yang bertemu Najib mengikut jadual yang disediakan pihak berkuasa.

KENYATAAN SYED IMRAN DIECAM PENYOKONG BOSSKU

Ramai kalangan penyokong Najib Razak mengecam kenyataan Syed Imran menerusi pelbagai saluran media sosial berkaitan kenyataannya.



Bagaimanapun, sehingga hari ini, Syed Imran masih berdiam diri seolah beliau tidak menyebabkan sebarang kontroversi berlaku.

Mungkin Syed Imran berbuat demikian dan berharap akan dipanggil Presiden Umno bagi meredakan kontroversi yang dicetuskannya.

Siapa tahu niat sebenar Syed Imran yang dilihat secara sengaja kononnya memberi tekanan terhadap Zahid Hamidi untuk segera mebebaskan Najib Razak dari penjara.

Siapa yang tidak mahu melihat seorang insan yang teraniaya dengan pertuduhan ‘politik’ merengkok dalam penjara? Malah, penyokong Najib Razak saban hari berdoa agar pemimpin tersebut dibebaskan segara namun, kewarasan penyokong Najib Razak masih kuat.



Mereka faham segalanya mestilah mengikut proses undang-undang serta prosiding agar imej Najib tidak lagi boleh dicemari dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan salah guna kuasa menerusi Umno.

Dalam PRN 6 negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos, Kerajaan Perpaduan (BN & PH) akan berdepan cabaran dari Perikatan Nasional (BERSATU, PAS, GERAKAN).

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button