2,500 warga emas, 958 warga kerja JKM jalani saringan COVID-19

PUTRAJAYA, 5 Mei (Bernama) — Seramai 2,500 penghuni warga emas dan 958 warga kerja di 17 buah insitusi di bawah Jabatan Kebajikan Mastarakat (JKM) akan menjalani saringan COVID-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata proses saringan yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) itu bermula hari ini di rumah Seri Kenangan Kemumin, Kelantan dan Rumah Ehsan Dungun, Terengganu melibatkan 200 penghuni dan petugas.

“Program ini akan dilaksanakan secara berfasa di institusi kebajikan lain mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rina berkata beliau menyarankan ujian itu dilakukan selaras dengan saranan KKM untuk melindungi golongan seperti warga emas yang berdepan risiko kematian tertinggi sekiranya dijangkiti COVID-19 disebabkan faktor umur dan juga penyakit kronik.



“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius kesihatan warga emas yang berada di institusi-institusi jagaan warga emas,” kata Rina.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker