Format baharu Liga Super peluang terbaik Perak buru kejuaraan

AddThis Sharing Buttons

Share to WhatsAppShare to More

06/05/2020 01:45 AM

KUALA LUMPUR, 5 MeiĀ  — Pengenalan format separuh liga bagi saingan Liga Super 2020 yang dijangka kembali bersambung pada September ini adalahĀ peluang terbaik bagi Perak menamatkan penantian kejuaraan sulung liga sejak diperkenalkan pada 2004.

Selain itu, ia juga peluang keemasan bagiĀ skuad ā€˜The Bos Gaurus’ memburu slot automatik ke kempenĀ Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021, andai berjaya merangkul kejuaraan tersebut.

Ketua pasukan, Shahrul Mohd Saad berkataĀ beliau optimis skuad Perak mampu meraih keputusan positif dalam baki tujuh perlawanan liga bagi memberiĀ sainganĀ sengit kepada juara bertahan Liga Super,Ā Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selepas empat perlawanan, JDT masih mengungguli carta Liga Super dengan kutipan 10 mata, manakala Perak berada di tangga kedua setelah mengumpulĀ lapan mata.

“Melalui format satu pusingan ini, satu peluang kepada kami untukĀ cuba dapatkan sesuatu pada saingan Liga Super, cumaĀ tidak boleh adaĀ ruang untuk terlepas sebarang mata memandangkan tidak banyak perlawanan tinggal, selain mengharapkan rentak yang sama mampu diteruskan seperti di awal musim.

“Namun apa yang akan menjadi kuncinya nanti ialah sejauh mana cepatnya pemainĀ boleh mendapatkan kecergasan selepas berehat panjang sejak beberapa bulan, jadi perkara ini menimbulkanĀ sedikit kebimbangan,ā€ jelas Shahrul dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Perak adalah muncul naib juara Liga Super pada musim 2006/2007 dan 2018.

Dalam pada itu, beliau yang merupakan pemain pertahanan kebangsaan memuji usaha MFL untuk meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang sebelum ini terpaksa dihentikan susulan penularan wabak COVID-19.

MFL pada Jumaat lepas, mengumumkan perubahan format Liga-M 2020 setelah mengambil kira keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP yangĀ dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pentadbir Liga-M ituĀ merancang meneruskan pertandingan Liga Super dan Liga Premier secara separuh liga bermula 1Ā Sept, dan bakal berakhir pada 27 SeptĀ ini.

Saingan Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17Ā OktĀ hingga 7 Nov, manakala kempen Piala FA dan Piala Cabaran terpaksa dibatalkan susulan kekangan masa.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker