Anggota Malbatt 850-7 bebas COVID-19 – Panglima ATM

AddThis Sharing Buttons

Share to WhatsAppShare to More

06/05/2020 01:01 AM

KUALA LUMPUR, 5 Mei  — Tiada anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan dijangkiti wabak COVID-19, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata, pihak UNIFIL dan MALBATT telah mengeluarkan garis panduan dan langkah-langkah pencegahan bagi COVID-19.

“MALBATT juga telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara semasa melaksanakan tugas serta mengamalkan kebersihan diri.

“Penugasan misi MALBATT 850-7 di negara itu (Lubnan) masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berdasarkan rekod, penugasan di Lubnan kini dilaksanakan pasukan pengaman MALBATT 850-7 yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama setahun sejak 1 Okt tahun lepas.

Menurut laporan berita memetik Kementerian Kesihatan Lubnan, 737 kes COVID-19 dengan 25 kematian dilaporkan di negara itu sehingga Ahad lepas (3 Mei).

— BERNAMA

Leave a Reply