KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN 6 MEI 2020 KEPADATAN PENUMPANG DALAM TREN KTM KOMUTER BAGI PERJALANAN PELABUHAN KLANG – TANJUNG MALIM PADA SELASA, 5 MEI 2020

 

Kementerian telah menerima banyak laporan mengenai perkhidmatan tren KTM Komuter dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim yang terpaksa menghentikan perjalanannya setelah menghadapi masalah teknikal pada jam 6.17 pagi, 5 Mei 2020.

Apa yang sangat dikesali ialah apabila tren yang pada asalnya mempunyai enam (6) gerabak dan hanya 50% kepadatan penumpang terpaksa ditukar kepada tiga (3) gerabak seterusnya menyebabkan kesesakan sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyelesaian masalah teknikal tren ini bagaimanapun telah mengakibatkan kesesakan yang melanggar peraturan PKP dan video berdurasi 10 saat yang dirakamkan oleh penumpang di dalam tren berkenaan turut tular di media sosial.



Dalam perkembangan sama, Kementerian Pengangkutan telah memberikan teguran tegas kepada kakitangan dan pegawai yang telah membiarkan pelanggaran terhadap garis panduan kesihatan PKP ini. Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Kementerian Pengangkutan akan terus memantau situasi dalam perkhidmatan pengangkutan awam untuk memastikan kejadian sama tidak berulang dan aspek keselamatan serta kesihatan penumpang sentiasa diutamakan.

KTMB juga telah memberikan jaminan bahawa pihaknya akan melaksanakan langkah-langkah kawalan yang lebih ketat termasuk menghadkan jumlah penumpang di pintu masuk sebelum dibenarkan berada di platform menaiki tren.

Kementerian Pengangkutan dan KTMB ingin memohon maaf kepada orang ramai dan mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mematuhi garis panduan KKM semasa PKP, termasuk mengamalkan penjarakan sosial sekurang-sekurangnya satu (1) meter dan memakai topeng muka sebelum menggunakan perkhidmatan tren.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
6 MEI 2020



………

PRESS STATEMENT
MINISTRY OF TRANSPORT
6 MAY 2020

OVERCROWDING ON PORT KLANG-TANJUNG MALIM KTM KOMUTER SERVICE ON TUESDAY, 5 MAY 2020

We have received multiple reports of a KTM Komuter train service from Port Klang to Tanjung Malim forced to halt its journey after encountering mechanical difficulties at 6.17am on 5 May 2020.



It is much regretted that all passengers from the journey’s original six-car train, which had adhered to the 50% load factor under Ministry of Health standard operating procedures during the Movement Control Order (MCO), were ushered into a three-car replacement train deployed to relieve the faulty train.

This solution resulted in overcrowding which violates the MCO and was later shared online and made viral via a 10-second video recorded by a passenger onboard the service.

The Ministry of Transport has issued a stern reprimand to the staff and officers who had allowed this gross violation of the MCO’s health guidelines to occur. KTMB and the Ministry will monitor the situation to ensure that such missteps will not be repeated as we prioritise the health and safety of all passengers and staff of public transportation.

KTMB has given its assurances that it will enact stricter crowd control measures including limiting the number of passengers at the gate prior to the platforms to board trains.



The Ministry and KTMB offer their apologies to the public and remind all to be mindful of the MOH’s public health guidelines during the MCO, including always practising safe distancing of at least one metre and wearing face masks before boarding rail and train services.

MINISTRY OF TRANSPORT
6 MAY 2020



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button