Da’i Farhan ceraikan Dr Erin

KUALA LUMPUR: Rumah tangga pendakwah bebas yang juga bekas peserta program realiti, Da’i Farhan dengan Dr Erin runtuh selepas wanita itu mendakwa diceraikan pada 27 April lalu.

Mengumumkan perkara itu di Instagram (IG), Dr Erin atau nama sebenar, Noorainul Naqim Mohd Radzi memberitahu, keputusan untuk berpisah dibuat atas permintaannya sendiri.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz (Farhan) sudah menceraikan saya pada 27 April lalu, selepas saya sendiri meminta dilepaskan kerana inilah yang terbaik buat kami bertiga.

“Lagipun, saya tahu pihak di sana (bekas isteri) belum mampu untuk melupakan apa yang berlaku.



“Perceraian ini saya yang minta kerana sudah penat dengan sikap ustaz yang tidak tetap diri kerana sekejap mahu rujuk yang sebelah sana dan mahu ceraikan saya, kemudian memutuskan untuk kami bermadu.

“Saya tahu ustaz juga serba salah, kerana itu saya minta diceraikan dengan rela. Jadi, selepas ini saya minta jangan kaitkan lagi saya dengan ustaz,” luah Dr Erin.

Menerusi perkongsian itu, Dr Erin mendakwa bekas suaminya sudah kembali rujuk dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu, atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

“Pada 11 Februari lalu, saya mengizinkan ustaz kembali dengan bekas isteri. Ini kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anak, Ustaz cakap, dia tidak boleh berjauhan dengan anak-anak.



“Katanya lagi, pihak sana turut memberi syarat hanya membenarkan dia tinggal dengan anak-anak jika dia menceraikan saya… Pihak mentua tidak akan beri anak dia bermadu,” dakwanya.

Kontroversi membabitkan pasangan ini bermula apabila apabila Farhan atau nama sebenar, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, mengumumkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Makkah.

Situasi menjadi semakin panas apabila Fatin turut membuat pengakuan sudah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.

Selain itu, pendedahan Farhan yang dia pernah didekati 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri, membuatkan namanya menjadi topik bualan hangat netizen.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button