ADAKAH TUN M KECEWA LEGASI KECUNDANG – AKAN SERTAI DAP UNTUK TARIK ORANG MELAYU SOKONG PAKATAN HARAPAN?

Hala Tuju Politik Tun M Akan Berubah

 

Hari ini kerajaan Pakatan Harapan di Kedah tumbang selepas 23 Adun Kedah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Dato Paduka Mukhriz Mahathir. Suhu politik Kedah yang sekejap naik sekejap turun akhirnya mencapai klimaks apabila Adun PH sendiri menyatakan ketidakyakinan mereka terhadap Pakatan Harapan.

Mencipta sejarah 2 kali dilantik sebagai Menteri Besar, Mukhriz juga mencatit kisah tersendiri apabila turun dari jawatan sama buat kali kedua selepas pertama kali tersingkir pada Februari 2016. Seakan selari dengan angka 2020, bukan sahaja Mukhriz tersungkur malah Tun M seakan terpalit ‘badi’ apabila beliau lebih awal meletakkan jawatannya pada Februari 2020 ekoran krisis dalaman PH.

Membaca tulisan Tun M hari ini, beliau cuba menyalahkan sindrom taboo masyarakat Melayu terhadap DAP yang menjadi watak antagonis dalam politik Malaysia. Pernah satu ketika Tun M dengan gembiranya memuji DAP yang selama ini disalahfahami ekoran penguasaan majoriti kaum Cina kononnya akan merosakkan kekuatan Melayu sekaligus menghapuskan segala apa yang berkaitan dengan Melayu. Tun M menyatakan demikian ketika membawa PPBM bekerjasama dengan DAP dan membentuk Pakatan Harapan bersama PKR dan AMANAH bagi menghadapi PRU14. Akhirnya mereka berjaya menumbangkan BN setelah berkuasa selama 6 dekad. Bagaimanapun selepas 22 bulan mengecapi kuasa, PH telah hilang penguasaan di peringkat Persekutuan kerana sengketa sesama mereka sendiri yang berebut jawatan Perdana Menteri.



Antara TULISAN MAHATHIR MENGENAI DAP

  • Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam kerajaan Malaysia
  • Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut dengan DAP, takut dihancur oleh DAP. Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng
  • Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?

Banyak lagi yang Mahathir tuliskan berkaitan kisah yang mencari simpati ramai dan ini adalah kemahiran Mahathir apabila menyedari beliau semakin tidak bernilai. Bermain sentimen merupakan senjata Mahathir untuk menunjukkan beliau ‘Bersih’ dan ‘Suci’ dari sebarang ‘Dosa Politik’ selama ini. Mungkin Mahathir LUPA beliau sendiri yang menanam doktrin kebobrokan DAP dan betapa rasisnya DAP sepanjang berkuasa sejak 1981 hingga 2003. Beliau mungkin lupa bagaimana permainan propaganda ‘Memuja’ dirinya menerusi pelbagai cara dan salah satu ialah ‘Semarak’. Malah silibus Biro TataNegara juga menurut apa yang beliau mahukan dan banyak lagi perkara mengenai DAP yang beliau sendiri ucapkan selama menjadi Perdana Menteri 22 tahun. Nadanya berubah hanya untuk menjatuhkan BN dan Najib hingga saban hari menyebut Najib sebagai penyangak, pencuri dan sebagainya. Adakah beliau masih ingat bagaimana beliau menuduh George Soros sebagai penyangak matawang dan kemudiannya menafikan Soros adalah penyangak matawang?

Mahathir dan Mukhriz kini terumbang-ambing dalam arena politik negara. Kedudukan mereka dalam PPBM masih samar-samar kerana terlalu banyak melanggar peraturan parti. Jadi jangan hairan sekiranya selepas ini Mahathir akan bersama dalam DAP dan akan diberikan kedudukan untuk mencari pengaruh dikalangan masyarakat Melayu untuk mempercayai DAP. Tidak mustahil bagi DAP menawarkan jawatan kepada Mahathir dan yang lain lain sekiranya mereka disingkirkan dari PPBM kerana keuntungan politik menjadi keutamaan kepada DAP dan Pakatan Harapan. Untuk bersama dalam PKR agak mustahil kerana persaingan Mahathir dan Anwar tidaklah setenang yang disangkakan walau mereka ada mengeluarkan kenyataan bersama baru-baru ini.

Apa pilihan yang ada untuk Mahathir, Mukhriz dan serpihan PPBM yang enggan bersama Presiden PPBM? Mahathir sendiri menyatakan tidak akan menerima Najib untuk bekerjasama dan ini kenyataan yang agak keras sekaligus menutup ruang berbaik semula demi kepentingan rakyat Malaysia. Jelas sikap EGO masih menguasai Mahathir dan masih beranggapan seolah beliau mampu menerajui Malaysia untuk 20 tahun lagi. Lupakah beliau visinya Wawasan 2020 untuk membawa Malaysia kearah negara moden sebaliknya PH yang beliau terajui selama 22 bulan telah GAGAL menunaikan JANJI MANIFESTO yang mereka sendiri dendangkan.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker