KRISIS POLITIK KEDAH – MUKHRIZ PERLU BUKTIKAN SOKONGAN

MUKHRIZ MESTI BUKTIKAN BELIAU MASIH PEROLEH SOKONGAN MAJORITI KEPADA TUANKU SULTAN, JGN KELIRUKAN RAKYAT DENGAN KENYATAAN TIDAK TEPAT



1. Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa beliau masih Menteri Besar Kedah, tetapi beliau masih gagal dan tidak menunjuk bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Jikalau hanya bersandarkan SD lama ia sudah tidak valid. Begitu juga keupayaan mengadakan mesyuarat Exco bukan petunjuk jelas tentang sokongan dikalangan Adun.

2. Mukhriz selaku Menteri Besar, harus dan wajar sembah maklum kepada Sultan Kedah akan sokongan yang beliau ada. Ini kerana fasal 2 seksyen 2(2a) jadual ke 8, Peruntukan Tetap Perkara 71 Undang-undang Tubuh Negeri memaktubkan bahawa Raja hendaklah melantik seorang MB yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri bermaksud MB mestilah membuktikan bahawa masih wujud sokongan majoriti pada beliau tidak mengambil kira dari parti mana sokongan ahli dewan itu hadir. Dalam keadaan terbaru, wujud pertikaian bahawa Mukhriz tidak lagi mempunyai majoriti apabila 23 daripada 36 Adun telah hilang keyakinan yang dizahirkan melalui SD kepada beliau untuk menerajui kerajaan negeri.

3. MB harus menasihati KBDYMM Tuanku, untuk titah semua adun mengadap dan menzahirkan sokongan samaada kepada Mukhriz ataupun individu lain. Dan Raja boleh meminta cadangan lebih daripada 1 nama sepertimana yang berlaku di peringkat kerajaan pusat baru baru ini.

4. Cabaran Mukhriz supaya pembangkang membawa usul semasa sidang Dewan Undangan Negeri hanya taktik dan sandiwara spektra siri 2 bertujuan membeli masa dan meraih simpati bagi mengekalkan kerajaan beliau. sedangkan tiada keperluan sebegitu sepertimana kes di Perak 2014, di Kedah 2016 dan yang terbaharu kes perlantikan PM yang terbaharu.
Sidang dun masih lama, iaitu masih ada lima bulan masanya kerana sidang terakhir diadakan 16 April lepas. Kita juga bimbang selama tempoh lima bulan lagi itu, pentadbiran negeri akan wujud kepincangan. Kerajaan negeri juga tidak stabil.

5. Mukhriz mempunyai tiga pilihan.

i. Pertama besar hati dan bersifat sebagai ahli politik hebat dengan letak jawatan dan menyerahkan kepada Sultan Kedah untuk menentukan pihak mana yang mempunyai sokongan majoriti sepertimana yang berlaku di Perak baru baru ini apabila MB nya meletak jawatan dan mengembalikan kuasa kepada Sultan Perak membuat pilihan mengikut undi majoriti ahli dewan. Ini adalah pilihan terbaik bagi mengelakkan Kedah berpanjangan dengan krisis politik, yang boleh mengugat keutuhan kerajaan negeri terutama dalam keadaan genting dengan wabak covid 19 sekarang ini.

ii. Sidang Dun tergempar dengan segera.

iii. Membawa kepada perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN. Hanya Sultan Kedah boleh memberi perkenan bagi pembubaran DUN. Walaupun langkah ini antara pilihan yang ada, ia bukanlah pilihan bijak kerana membazir wang rakyat. Pilihan raya negeri memerlukan bajet yang besar. Keadaan covid 19 juga menunjukkan pilihan ini tidak sesuai.

6.Oleh yang demikian, saya berpandangan kenyataan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir smalam adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat dan hanya bersifat meraih kepentingan politik peribadinya sahaja. Mukhriz harus menamatkan episod politik Kedah ini dengan segera. Buat keputusan segera. Jangan mengheret rakyat dengan drama politik tidak berkesudahan. Yang terbaik beliau lepaskan jawatan dengan segera dan mudahkan Tuanku Sultan dalam buat keputusan.

Petikan dari – KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO KEDAH

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button