Ubati sakit mata tanpa gunakan ubat

 

Oleh Pena Merah

Ubati sakit mata tanpa gunakan ubat

Setiap kali sakit mata mesti selalu tonyoh kuat-kuat kerana terlalu gatal dan tidak selesa. Sebenarnya, tak boleh buat macam itu kerana boleh mendatangkan bahaya. Jadi, terdapat beberapa cara hilangkan sakit mata yang boleh diamalkan seperti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di bawah ini.



Lebih menarik lagi, cara yang dikongsikan tidak perlu menggunakan ubat. Hanya bahan di rumah sahaja dan jimat duit. Rugi kalau tak cuba!

CARA HILANGKAN SAKIT MATA, JANGAN TONYOH

CARA HILANGKAN SAKIT MATA

Kalau sakit mata, macam mana cara nak hilangkan? Iritasi mata disebabkan oleh beberapa faktor contoh sebab alergi, asap rokok, habuk debu, kurang vitamin, terlalu lama hadap skrin gajet.

Mata punyalah gatal sampai nak tonyoh tonyoh. Ada petua untuk kurangkan kesan gatal atau perit mata.



Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Guna kiub ais dan lumurkan pada mata selama 5 minit. Pastikan tutup mata. Jangan buka pula. Untuk diet, amalkan makanan tinggi vitamin A seperti labu kuning, keledek dan capsicum. Bantu lindungi kornea mata.

Ambil sumber tinggi vitamin B khususnya B2 dan B6. Sumber omega-3 seperti fatty fish, flaxseed. Kekacang macademia, almond dan pecan.

Sumber kaya xanthophylls (lutein dan zeaxanthin) seperti kale, bayam, kacang pea, pistachio dan brokoli yang boleh membantu kawal radang penyebab mata kering.

Selain itu, banyakkan minum air putih setiap hari supaya sentiasa hidrasi dan tak kering.



Mudah sahaja kan? Semoga bermanfaat!

-Siraplimau-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button