Jaga amang seksual murid tahun satu diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Jaga amang seksual murid tahun satu diberkas
Foto Hiasan

Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas seorang murid perempuan berusia tujuh tahun di sebuah sekolah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dijalankan susulan laporan polis dibuat rakan sekerja suspek pada pukul 10 pagi.



Katanya, berdasarkan aduan pengadu, suspek dikatakan telah memeluk dan mencabul kehormatan kanak-kanak itu di hadapan kelas di sekolah berkenaan.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 pagi ketika pengadu sedang melakukan rondaan. Berdasarkan soal siasat, mangsa memberitahu bahawa lelaki itu telah beberapa kali melakukan perbuatan mencabul ketika dia berada di sekolah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek yang ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 11 pagi itu kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading