face off’ Gerakan dan D4P

1. Di manakah d4p semasa kemelut yang sedang melanda pbbm dan pkr… Mereka begitu menikus terutama setelah sidang parlimen yang mereka mahukan telah di berikan, tetapi ia sekadar berbentuk ihsan drp YDPA supaya para Yang Berhormat masih kekal di jawatan masing-masing agar parlimen tidak terbubar dengan sendirinya.

2. Adakah mereka yg sedang ‘mencatur’ politik ph, dan bakal menobatkan parti mereka sebagai ‘penyelamat’ ph, atau merancang menjadi sebahagian daripada pembuat polisi PN menerusi parti lain, kerana sejak dari awal penubuhan PN, syarat utama daripada UMNO/BN-PAS (Muafakat Nasional) adalah TIDAK ADA D4P di dalam Perikatan/ Pakatan yang ber-PM daripada minoriti pbbm.

3. Suka atau tidak, d4p adalah komponen ph yang paling stabil, kukuh dan terancang berbanding dengan komponen lain walau komponen yg konon lebih ‘gah’ di terajui oleh pm 22 tahun, dan pm tepi 30 tahun, dan mempunyai pengikut dan penyokong yang begitu patuh, walaupun mereka tahu mereka sebnarnya dipergunakan untuk survival Dinasti Lim dalam menguasai politik Malaysia.

4. Ketamakan kuasa d4p di ketahui umum, namun strategi kerakusan adalah samar-samar kerana d4p sentiasa berselindung di sebalik Amanah, ngo ngo anti melayu dan suara-suara anti monarki.



5. Dan jangan di lupa, serpihan pbbm adalah lebih ‘d4p friendly’, kerana mereka selagi boleh tidak mahu berada di bawah Si PM tepi di bawah bendera pkr krn tidak mahu menjadi jenaka rakyat marhain. Pihak penyokong Si pm tepi juga masih kekal dendam kesumat kpd pm 22 tahun yang menjadi ‘ketua’ kepada serpihan pbbm yang dilihat menggunakan logo parti mereka sehingga menang pru 14, tetapi setelah menjadi kerajaan, fraksi si PM tepi dilayan umpama ‘sampah politik’ oleh komponen ph yg lain.

6. Dan kini, apabila Gerakan bakal mnyatakan sokongan terhadap pm8, ia umpama satu bentuk ‘face off’ daripada d4p untuk menyertai PN. D4P perlukan ‘mata dan telinga’ dalam kerajaan, kerana mereka sudah belajar, dengan kuasa sbagai kerajaan, mereka boleh menjarah dan menzalimi rakyat dengan mrngikut lompang undang-undang.

7. Gerakan yang dahulunya BN, tetapi bertindak keluar daripada BN selepas pru 14 dilihat dalam kenyataan-kenyataan yang di keluarkan lebih selari dengan dasar dan ucapan-ucapan pemimpin utama d4p, contohnya dalam isu JAWI, ICERD dn isu-isu yang mengguris sensitiviti umat melayu dan para pendokong PERLEMBAGAAN Malaysia tanpa mengira kaum.

8. Persoalannya, jika Gerakan di terima sebgai komponen Kerajaan Malaysia di bawah PN, apa tindakan umno/bn-pas (Muafakat Nasional)?



9. Atau ia akan membentuk dua blok berasingan di dalam pentadbir kerajaan Malaysia itu sendiri, kerana umno/BN-PAS pas menghormati titah ydpa, maka mereka kekal sehingga pru 15 menggalas tanggungjawab mereka, dan pihak pm8 pula akan ada ‘blok’ sendiri kerana mereka perlukan ‘nombor’ untuk mendepani ‘undi percaya’ atau ‘tak percaya’.

Sama-sama kita nantikan sama ada akn berlaku ‘face off’ antara d4p dn Gerakan atau tidak.

Emma Harith

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker