Kementerian kaji SOP penggambaran

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang menimbang permohonan daripada pelbagai persatuan bagi mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Unit Komunikasi Korporat KKMM dalam kenyataan memberitahu, kementerian menerima pelbagai cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti penggambaran daripada persatuan filem tempatan.

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sudah meneliti SOP yang dikemukakan.

“Cadangan SOP itu sudah dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 42 Tahun 2020, hari ini.

“Bagaimanapun, mesyuarat akan memutuskan pelaksanaan SOP dalam masa terdekat, iaitu selepas meneliti impak pelaksanaan PKPB dan kesan pembukaan semula operasi sektor ekonomi,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Kenyataan itu menambah, KKMM akan sentiasa berusaha bagi memastikan industri kreatif terus berkembang pesat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Leave a Reply