Kes pecah masuk Galeri Pangkor, pengawal keselamatan ditahan

Hebahkan !!!

LUMUT, 14 Mei  — Polis menahan seorang pengawal keselamatan Galeri Pangkor bagi membantu siasatan kes premis itu dipecah masuk pada Selasa lepas yang menyebabkan artifak bernilai lebih RM15,000 hilang.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan semalam.

“Bagaimanapun, barang artifak sejarah yang dilaporkan hilang masih belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Omar berkata polis akan mendapatkan perintah reman pengawal keselamatan itu hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: