Gerakan, tak gerak tak makan

1. Satu masa dahulu, Gerakan adalah parti ‘ tak gerak, tak makan’, namun kini kehadiran mereka jgn di pandang lekeh , mereka pernah menjadi KERAJAAN MALAYSIA di bawah BN.

2. Mereka pernah menyandang portfolio Menteri dan Timbalan Menteri, menjadi sebahagian daripada GLC, dan menjadi sebahagian daripada institusi-institusi kerajaan seantero negara.

3. Oleh itu, di satu sisi lain, tidak hairanlah Mereka lebih ‘bijak’ menangani komponen multi-racial, berbanding d4p yang berpaksikan politik rasisma.

4.Namun, di sisi satu lagi, tidak mustahil Gerakan menjadi pilihan pengundi cina utk gantikan dap, kerana pengundi cina memerlukan ‘suara rasis’ dalam kerajaan PN kerana MCA dilihat mereka begitu sederhana dan di senangi oleh kaum lain.

5. Sifat rasisma memerlukan ekskusitiviti, terutama kepentingan mereka yg adakalanya berat sebelah, mengkhianati dan menzalimi bangsa lain, serta condong memperlekehkan kedaulatan undang-undang dn Perlembagaan Negara.

6. sbg entiti solo , gerakan mungkin tidak bermaya , tetapi jika ia menjadi sandaran ppbm dn azmin, kemungkinan Gerakan akan mengalami transformasi politik sbgai 1 entiti alternatif kpd dap dan akan kembali sasa spt dulu.

7. Malahan mungkin akan lebih kuat daripada PKR kerana, Gerakan juga adalah parti berbilang kaum spt PKR dn memandangkan ia pernah menjadi sebahagian daripada BN, ia lebih di senangi oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia, atas alasan pemimpin Gerakan lebih ‘bersih’ terutamanya daripada skandal-skandal moral berbanding dengan kepimpinan TERTINGGI PKR.

8. Adakah kita bakal di hidangkan dengan paksi politik terbaru, yang membawa kisah dn citra politik baru? Atau ia hanyalah ‘hidangan politik’ yang diperhangatkan semula demi memenuhi selera politik watak-watak veteran politikus yang masih dahagakan kuasa.

Jangan di lupa, adakala pemuja ‘kuasa’ umpama meminum air laut, makin di minum makin dahaga. Selaut lautan diminum pun, tak akan menghilangkan haus kuasa.

Itulah ‘kuasa’, bagi mereka yang kerakusan nafsu politik.

Emma Harith

https://www.facebook.com/honey.ani.1614

Leave a Reply