Benarkah ada perjanjian sulit PN Kedah?

Oleh – Bakhtiar Omar


Benarkah ada perjanjian sulit PN Kedah?

Persediaan berdepan Pilihanraya Negeri (PRN) di 6 negeri sedang rancak berlangsung, termasuk Kedah. Namun demikian, sudah ada desas-desus menyatakan akan berlaku perubahan dalam penentuan jawatan Menteri Besar Kedah sekiranya PN (Perikatan Nasional) mengekalkan penguasaan di Kedah.



Ada khabar menyebut, wujud satu perjanjian sulit mengenai jawatan Menteri Besar Kedah namun ia masih tidak dapat disahkan.

Ini berikutan pertemuan antara Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Tun Mahathir yang kini sedang giat mempromosi ‘Proklamasi Melayu’.

Sepertimana semua tahu, Mahathir sebelum ini merupakan Pengerusi BERSATU sebelum beliau dipecat dari parti berikutan ‘Langkah Sheraton’.

Malah, Timbalan Presiden BERSATU ketika itu, Mukhriz Mahathir turut dipecat dari parti dan beliau kini menerajui PEJUANG selaku Presiden.



 

Umum tahu, Mahathir dan Mukhriz hanya akan kekal relevan dalam politik jika bersama BERSATU selepas meninggalkan UMNO. Namun demikian agak malang bagi Mahathir dan Mukhriz, kedua-duanya  kalah pada PRU15.

Tetapi, untuk PRN kali ini, Muhyiddin nampaknya terdesak perlukan bantuan Mahathir bagi mempengaruhi pengundi di Kedah. Walau PAS bersama dalam PN, Muhyiddin masih tidak berkeyakinan PAS mampu memenangi hati pengundi secara keseluruhan.

Benarkah ada perjanjian sulit PN Kedah?



Mahathir adalah solusi jangka pendek yang amat diperlukan PN bagi membantu kemenangan 100% PN Kedah. Oleh demikian, satu kerjasama perlu digarap antara Muhyiddin dan Mahathir.

Dari sinilah dikatakan wujud perjanjian rahsia yang akan mengubah kedudukan Menteri Besar Kedah sekiranya PN berjaya menawan semua DUN Kedah.

Ibarat orang berniaga, Mahathir tentunya tidak akan merendahkan diri sewenangnya membantu orang yang pernah ‘menikam’ beliau.

Pasti ada syarat tertentu yang tidak akan didedahkan kepada umum bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PN.



Para pengundi PAS jangan terkejut jika mereka memilih PN tetapi MB kelak bukan dari PAS tetapi akan ada kejutan untuk mereka.

Siapa bakal MB Kedah selain Sanusi? Ia akan kekal misteri sehingga semua kemusykilan diselesaikan pimpinan tertinggi PN kelak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button