Pandemik COVID-19, Turki tidak adakan solat sunat Aidilfitri
ANKARA, 21 Mei — Masjid di Turki tidak akan mengadakan solat sunat Aidilfitri di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, umum pihak pentadbir agama pada Khamis.
“Solat sunat hari raya tidak akan diadakan di masjid-masjid kita kerana wabak COVID-19 yang sedang kita perangi sekarang,” kata Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (Diyanet) dalam satu kenyataan lapor agensi berita Turki.
Namun, masjid di semua wilayah akan memperdengarkan doa khas serta alunan takbir raya sebagai mengisi slot solat sunat hari raya, kata Diyanet.
Rakyat Turki dijangka menyambut Aidilfitri pada 24 Mei.
— BERNAMA