Senarai portfolio Exco Perak lengkap

IPOH, 28 Mei  — Senarai barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perak kini lengkap selepas tiga Exco baharu yang mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei lepas, diberikan portfolio masing-masing.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata barisan ahli MMK dilantik itu adalah pasukan yang dinamik serta komited dalam menggerakkan usaha membina semula ekonomi negeri susulan penularan COVID-19.

Beliau berkata Datuk Mohd Zolkafly Harun yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air dan Pengangkutan Awam.

ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed memegang portfolio Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, manakala portfolio Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau diterajui ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud.



Ahmad Faizal berkata bertepatan dengan fokus untuk memperkasa sektor pertanian dan menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara, portfolio Datuk Abdul Yunus Jamahri diperluaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan.

 

Berikut senarai penuh portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak:

 

1. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu – Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional

2. Datuk Saarani Mohamad – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna



3. Razman Zakaria – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil

4. Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan

5. Datuk Shahrul Zaman Yahya – Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

6. Datuk Abdul Yunus Jamahri – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan

7. Datuk Mohd Zolkafly Harun – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air dan Pengangkutan Awam

8. Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat

9. Mohd Akmal Kamarudin – Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan

10. Khairul Shahril Mohamed – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia

11. Ahmad Saidi Mohamad Daud – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker