“KAU PECAT 5 HANG BERSAUDARA, AKU PECAT KAU PULAK” – MARZUKI PECAT SUK BERSATU

Marzuki Pula Pecat SUK BERSATU

Adegan panas BERSATU seakan menepati babak pembahagian harta antara watak Badan dan Nyawa dalam filem Nujum Pak Belalang. Petang tadi politik negara digemparkan dengan 5 surat pemberhentian keahlian BESATU kepada Tun M, Mukhriz Mahathir, Maszlee Malik, Syed Saddiq dan Amiruddin.

Melewati tengah malam, keluar pula sepucuk surat ditandatangani oleh Marzuki Hj Yahya yang mendakwa beliau masih Setiausaha Agung BERSATU memecat SUK BERSATU Muhamad Suhaimi Yahya.



Kekeliruan dalam BERSATU semakin kusut kerana Marzuki telah dilucutkan jawatan sebagai SUA BERSATU pada 18 Mac 2020 dan digantikan dengan Hamzah Zainuddin.

Melihat perkembangan ini, nampaknya BERSATU menghadapi krisis kepimpinan yang mungkin boleh membawa kepada pembubaran parti tersebut. Perebutan kuasa dalam BERSATU sudah tidak dapat diselindungi lagi apabila perseteruan terbuka ditunjukkan Tun M.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button