Apa lagi alasan Zeti selepas muntah dan demam?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Apa lagi alasan Zeti selepas muntah dan demam?

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendapat penangguhan dari Mahkamah dalam kes 1MDB kerana dikatakan mengalami muntah dan demam.



Pada 23 November, Mahkamah dimaklumkan Zeti mendapat ‘cuti sakit’ selama 2 hari berikutan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan.

“Saya menerima pesanan teks daripada pegawai penyiasat (IO) sekitar 11.56 pagi ini memaklumkan bahawa Tan Sri Zeti yang sebelum ini saya maklumkan akan datang esok.

“Saya telah memaklumkan melalui peguamnya kepada IO bahawa beliau tidak sihat dan mendapat cuti sakit selama dua hari,” kata Ahmad Ikram. – KOSMO 23 November 2022

Kes skandal 1MDB menarik perhatian seluruh negara apabila didedahkan Zeti sebenarnya mengetahui Najib akan menerima wang sejumlah AS$100 juta dari Arab Saudi.



Bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 74, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau memaklumkan kepada Zeti Akhtar bahawa Najib akan membuka akaun di bank berkenaan bagi menerima masuk wang tersebut.

“Dalam pertemuan itu, hanya kami berdua sahaja yang berbincang kerana perkara itu adalah rahsia dan melibatkan kepentingan Perdana Menteri.

“Penting untuk saya memaklumkan hal ini kepadaTan Sri Zeti kerana ianya melibatkan terma `political exposed person’ yang bermaksud ianya melibatkan kepentingan negara,”- KOSMO – 4 Oktober 2022

Apa lagi alasan Zeti selepas ini bagi mengelakkan dirinya ke Mahkamah? Apa istimewanya Zeti yang diberikan ‘cuti sakit’ dalam kes beliau berbanding individu lain? 



Apa lagi alasan Zeti selepas muntah dan demam?

Meneliti kes 1MDB melibatkan Najib, Zeti mendapat banyak ruang mengelak dirinya ke Mahkamah. Najib, seorang bekas Perdana Menteri pun tidak mendapat ruang ‘cuti sakit’ walaupun memerlukan cuti kerana Hakim mengarahkan agar perbicaraan diteruskan mengikut jadual.

Ramai rakyat memerhati perjalanan kes 1MDB sejak dari awal namun ia masih belum berakhir sejak 2018. Pembongkaran berkaitan skandal tersebut juga mengejutkan apabila nama seorang Hakim yang menghakimi kes SRC turut terlibat dalam penubuhan SRC International BHD.

Lebih menarik lagi, ada suara-suara berpendapat kes 1MDB dan SRC merupakan plot untuk ‘mengenakan’ Najib atas gerak kerja pihak tertentu.



 

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button