COVID-19: Senarai berita palsu tular 12 tengah hari, 2 Jun – KKMM

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tengah hari ini.

 

1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan dakwaan bahawa KSM terlibat dalam aktiviti skim pinjaman kewangan seperti yang diiklankan oleh pemilik akaun Facebook bernama ‘Syazana Syazalia’. KSM menegaskan pihaknya tiada kena mengena dengan iklan yang menawarkan pinjaman sebanyak RM2,000 tanpa deposit dan terbuka untuk penjawat awam, pekerja swasta, pesara termasuk mereka yang disenarai hitam oleh pihak bank.

 



2. Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia menafikan dakwaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa lebih 30,000 pekerja dalam sektor perhotelan telah hilang pekerjaan akibat COVID-19. Beliau menjelaskan jumlah pekerja sebenar yang diberhentikan adalah jauh lebih rendah memandangkan hanya tujuh buah hotel ditutup secara kekal akibat pandemik COVID-19.

 

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button