‘Kena kecam lagi…’

KUALA LUMPUR: Asal ada lagu baharu, pasti isu vokal dirinya menjadi topik panas netizen.

Terbaru, ketika mendendangkan single Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini pada program Meletop Mega Raya Ria sempena 1 Syawal, minggu lalu, penyanyi Nabila Razali, ‘terkucil’.

Sebaik rakaman video menjadi viral, aksi Nabila yang membahasakan diri sebagai Bella, terus menjadi buat mulut warganet.

Lama berdiam diri, Nabila akhirnya bersuara.

“Pertama sekali, saya mohon maaf kerana mengecewakan awak semua. Saya tidak meletakkan kesilapan ini kepada sesiapa, sebaliknya diri sendiri

“Saya pasti akan memperbaiki kelemahan diri pada masa hadapan. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Nabila turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang cuba menenangkannya ketika diuji dan dikecam.

“Kepada mereka yang menghantar mesej langsung, WhatsApp dan menelefon untuk memberi semangat, terima kasih diucapkan kerana selalu ada bersama.

“Terima kasih kerana berkongsi cinta dan kasih sayang dengan saya. Anda tahu siapa.

“Memang itu yang saya perlukan ketika ini. Saya doakan yang baik juga untuk semua,” katanya.

Luahan Nabila di Instragram (IG) berhubung kontroversi itu juga pantas menarik perhatian pengikut termasuk peminat tegar yang bersimpati dengan dirinya.

Lagu Peluang Kedua mencipta sejarah tersendiri apabila lirik video single berkenaan mencapai lima juta tontonan dalam tempoh sebulan di YouTube.

Malah, klip video itu menjadi tempat luahan perasaan apabila lebih 12,000 komen pendengar berkongsi kisah hidup atas isu ‘peluang kedua’.

Peluang Kedua mengisahkan penyesalan ke atas kesilapan yang pernah dilakukan dalam perhubungan dan mahu diberi peluang sekali lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker