Rangka manusia ditemukan dalam semak

21/02/2021 01:24 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Satu rangka manusia dalam keadaan reput ditemukan dalam semak di Jalan Kerayong, Brickfields tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata rangka berkenaan ditemukan oleh dua pekerja Bangladesh ketika menebas rumput di kawasan tanah kosong sebuah ladang kira-kira 12.30 tengah hari.

“Kami dalam proses mengenal pasti identiti mangsa…mayat dalam keadaan reput manakala kepala terpisah dengan jarak lebih kurang tiga kaki,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sehelai kemeja berjenama ‘Seven Saints’ berwarna merah turut ditemukan berhampiran rangka berkenaan, manakala kawasan itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan.

“Pihak Forensik, Unit K9 dan ahli patologi dari Hospital Kuala Lumpur turut hadir di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, Anuar meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau rakan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan dan proses mengenal pasti mayat mangsa.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.

Dadah bernilai RM27,550 disimpan dalam semak ditemui

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker