PAKATAN HARAPAN JOHOR KELUAR 2 KENYATAAN BERBEZA, CUBA PROTES TITAH TUANKU SULTAN JOHOR?

Dua Kenyataan Berbeza Pakatan Harapan Johor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar memberi amaran tegas kepada Wakil Rakyat Johor agar menghentikan polemik politik perebutan kuasa negeri mentadbir Johor.

“Saya telah bersumpah akan menjaga nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa. Jika berlaku lagi perebutan kuasa dikalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan dewan negeri Johor serta merta” – Titah SULTAN IBRAHIM



Pakatan Harapan Johor telah memberi respon awal dengan mengeluarkan kenyataan media mengulas Titah Tuanku Sultan Ibrahim. Terdapat 4 perenggan kenyataan media tersebut. Bagaimanapun kenyataan media yang kedua telah menghilangkan perenggan terakhir kenyataan awal tersebut. Kenyataan pada perenggan terakhir yang dikeluarkan oleh SHEIKH OMAR ALI didapati telah dipadamkan.Mengapa dipadamkan dan membuat satu lagi kenyataan media jika tiada niat lain?

  • Pakatan Harapan Johor turut konsisten dengan pendirian bahawa mandat rakyat yang telah diterjemahkan menerusi PRU14 lalu mestilah dikembalikan mengikut proses serta lunas lunas perundangan sewajarnya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan

Kenyataan media kedua yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan Johor pula telah menghilangkan perenggan ke-4 kenyataan awal. Tangkap layar seorang pelayar bernama AFIQ MOHD jelas menunjukkan kenyataan awal PH Johor cuba memprotes Titah DiRaja apabila menekankan mengenai apa yang didakwa sebagai mandat rakyat.



Sejak tumbang di peringkat pusat, Pakatan Harapan sering mendendangkan mandat rakyat yang mereka gambarkan telah dikhianati oleh Presiden BERSATU yang membentuk sebuah kerajaan campuran pelbagai parti. Selepas pembentukan kerajaan baru di Pusat, Johor merupakan negeri paling awal bertukar kerajaan selepas Sultan Johor berkenan melantik Dato Hasni sebagai Menteri Besar Johor setelah kerajaan PH Johor hilang majoriti dalam dewan negeri.

PH Johor yang sukar menerima kenyataan kehilangan kuasa berpendirian mereka masih mempunyai jumlah sokongan mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri. Namun sehingga hari ini PH Johor masih gagal membuktikan dakwaan mereka.

Percanggahan dua kenyataan media Pakatan Harapan Johor menimbulkan persoalan adakah ini tanda mereka memprotes Titah Sultan secara halus? PH Johor yang menggabungkan 3 parti – PKR, AMANAH dan DAP seperti sengaja atau tidak membakar sentimen membangkitkan rasa tidak puashati kalangan penyokong mereka. Seorang seorang individu dipercayai berjawatan dalam Parti AMANAH Pasir Gudang pula menaikmuat satu hantaran dalam laman media sosial facebook beliau dengan menyatakan “PH menang PRU mandat rakyat, tak salahpun kalau kami ambil balik”.



Perlu diingatkan Tuanku Sultan Johor dan Raja Raja Melayu mempunyai kuasa penuh untuk membubarkan Dewan Negeri mengikut pertimbangan Baginda dan menepati perlembagaan jika Baginda dapati sesebuah kerajaan tidak stabil dan merugikan rakyat negeri.

Kebiadapan parti politik dan penyokong mereka terhadap Institusi Istana adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sebagai ahli politik, prinsip Rukunegara perlu diamalkan tanpa mengira mana-mana parti politik atau fahaman politik dalam Malaysia.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading