Dadah bernilai RM27,550 disimpan dalam semak ditemui

LIPIS: Tindakan mencurigakan dua pemuda di tepi Jalan Kebun di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Lipis membawa kepada penemuan lapan paket plastik mengandungi 1,586 pil dadah dan heroin bernilai RM27,550.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mereka berusia 18 dan 21 tahun yang bekerja sebagai mekanik dan buruh, ditahan dalam Op Tapis, jam 3 petang semalam.

“Hasil soal siasat awal terhadap kedua-dua lelaki berkenaan, mereka mengaku ada menyimpan dadah di dalam semak berhampiran tempat mereka ditahan.



“Polis menemui satu botol plastik jernih bertudung merah yang berisi satu plastik putih bercetak ‘pos laju’ yang mempunyai lapan paket plastik biru berisi 1,584 pil kemerahan, dua pil hijau dan pil Yaba manakala, satu plastik lagi berisi serbuk dipercayai heroin,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing turut negatif .

Mereka direman pada hari ini untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button