Rugi RM2.5 juta ditipu penjual pelitup muka

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes penipuan berkaitan jual beli pelitup muka di ibu negara amat membimbangkan dengan 87 kes dicatatkan sejak Januari sehingga Mei lalu membabitkan kerugian mencecah RM2.5 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata peningkatan mendadak jumlah kes berpunca daripada pihak yang mengambil kesempatan melakukan penipuan penjualan pelitup muka secara dalam talian susulan penularan wabak COVID-19.

“Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur bagi tempoh Januari sehingga Mei lalu menunjukkan sebanyak 87 kes penipuan direkodkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM2.5 juta.

“Susulan siasatan yang dijalankan, seramai 41 suspek sudah pun ditangkap dan 14 kes sudah dituduh di mahkamah dalam tempoh sehingga 1 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Kata beliau, susulan peningkatan kes yang membimbangkan, orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan mengamalkan langkah tertentu untuk mengelak menjadi mangsa penipuan sedemikian.

“Jika mahu membuat pembelian secara dalam talian, pastikan membeli daripada penjual yang disahkan.

Semakan akaun bank penjual boleh dibuat menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule dan status penjual atas talian boleh disemak menerusi http://biztrust.ssm.com.my.

“Elakkan berurusan di laman web yang mencurigakan dan semaklah ulasan dan komen daripada pembeli lain. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik dan murah,” kata Mazlan.



Katanya, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu menyalurkan maklumat, boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading