Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta

KUALA LUMNPUR: Lima tahun berpacaran, Mimi Lana mengesahkan hubungan dengan pelakon Nur, Syafiq Kyle sudah berakhir, sejak sebulan lalu.

Enggan menyalahkan sesiapa, Mimi atau nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, memberitahu, mereka berpisah selepas tiada lagi persefahaman.

“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.

“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… Anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.



Walaupun mengaku menjadi pihak yang memutuskan ikatan percintaan itu, jauh di sudut hati pelakon drama rantaian, Cari Aku Di Syurga Ini, sedih dengan apa yang berlaku.

“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.

“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.



“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya yang tidak menolak digandingkan dengan Syafiq dalam projek drama atas dasar profesional.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button